Pages

Saturday, 11 October 2014

Airport Kulim? Reality @ Fantasi...Orang Kedah dah 'mangli' dengan janji-janji pemimpin BN

Sabtu, 12 Oktober 2014
KUALA LUMPUR, 23 Jun - Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz janji Airport Kulim - Reality @ Fantasi

AIRPORT DI KULIM - REALITI DAN FANTASI.
Posting di bawah disedut dari blog Zamkata:-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRYbInWVb6Od-SB5AR26oWeZrORSWy6MnpilzeN-NM8PAG68yagttzrX-jegocEBWIcwUafG2Oajftm6P3BPQ_gG0um61gByAMJ8ShqL3Mu90vuVyINNgtWi36CKEFfk0eX2HjFHXDskQ/s320/sanusi.jpg
Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.

Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan. 

Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya parti BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah. 

Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini. 


Hakikatnya pengundi hari ini sudah cerdik. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara kesan pergolakan politik di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”. 

Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS. 

Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi. 

Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir dari sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada satu pun pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton. 

Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Jika Mahathir tak ada Proton gulung tikar.

Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Pengundi ingin melihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka mahu makanan untuk hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi. 

"APA DIHARAP PADI SEBERANG ENTAHKAN MASAK ENTAHKAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG ENTAHKAN TUNAI ENTAHKAN TIDAK"

No comments:

Post a Comment