Zumba with YB Khairy
Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, Khairy perlu menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.FMT
Khairy patut kerja, bukannya berzumba
PETALING JAYA : Penyelaras Segmentasi Sukan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zuraidi Abdullah mencadangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar segera mencari formula kemenangan jika tidak mahu mengikut jejak langkah menteri terdahulu yang gagal mengangkat martabat sukan negara.
“Sebagai seorang Menteri Kabinet berkelulusan Oxford, sepatutnya Khairy telah mempunyai satu perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS dan bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.
Zuraidi turut mempersoalkan idea progresif Khairy untuk pembangunan sukan seperti yang ditonjolkan dalam aksi Zumba sempena pelancaran FIT Malaysia baru-baru ini.
“Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang Menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak,” katanya.
Beliau berkata, kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia turut menambah perit kepada Khairy.
Katanya, ia bertambah buruk apabila seorang atlit Malaysia terperangkap berkenaan penggunaan bahan larangan sehingga menyebabkan pingat emas yang dimenangi ditarik balik.
“Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlet kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada Singapura.
“Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperolehi setaraf negara Mongolia,” ujarnya.
Zuraidi berkata, Khairy perlu berbuat sesuatu sekiranya mahu terus terkenal di kalangan anak muda, namun bukan dengan aksi Zumba dan lakonan di layar perak.
“Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada Perdana Menteri untuk menukar ke kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat perletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan,” katanya. FMT
Khairy Jamaluddin Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba
Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlit kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada seteru jiran, Singapura. Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperolehi setaraf negara Mongolia.
Mengapa mutu sukan kita semakin merosot? Apakah kita tidak mempunyai atlit-atlit yang baik di sebalik 30 juta rakyat kita berbanding Singapura yang hanya mempunyai populasi 4 juta lebih penduduk sahaja? Atau pun KBS telah hilang keupayaan untuk menggarap dasar pembangunan sukan kita?
Khairy perlu segera mencari formula kemenangan jikalau tidak mahu mengikut jejak kegagalan Menteri terdahulu dalam mengangkat martabat sukan negara. Sama ada rombakan MSN dan ISN dengan suntikan "orang baru" yang ingin dilaksanakannya itu akan berjaya, hanya masa yang menentukan.
Tetapi sebagai seorang Menteri Kabinet berkelulusan Oxford sepatutnya Khairy telah mempunyai satu perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS. Bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini.
Masakan Khairy tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan seperti mana yang ditonjolkan dalam aksi Zumba sempena pelancaran FIT Malaysia? Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang Menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak?
SAMM mempersoalkan di manakah Khairy ketika negara perlu melahirkan lebih ramai atlit pelapis masa depan? Apakah Khairy tidak dapat melihat keperluan untuk memunculkan pelapis Dato' Lee Chong Wei?
Apakah Khairy sedar akan kelemahan Persatuan Sepak Takraw hingga menyebabkan skuad kita tewas kepada Korea Selatan?
Khairy perlu berbuat sesuatu jika mahu terus glamour di kalangan anak muda, tetapi bukan dengan aksi zumba dan aksi lakonan layar perak tetapi perlu hadir dengan idea progresif untuk membangunkan sukan negara kita. Janganlah hanya berbelanja besar dalam bidang sukan tetapi hasilnya memualkan - ini suatu tragedi.
Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada Perdana Menteri untuk menukar ke Kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero 'bed time story'semata.
Zuraidi Abdullah
Penyelaras Segmentasi Sukan SAMM
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment