Pages

Friday, 31 October 2014

Masjid Ubuddiyyah DIBEDIL GAS PEMEDIH MATA!...Geng ustaz, buatlah solidariti untuk 11 ORANG KENA ZALIM INI!

Jumaat, 30 Oktober 2014

GENG USTAZ,BUATLAH SOLIDARITI UNTUK 11 ORANG KENA ZALIM INI.

Seorang bapa memberitahu penulis,pada 25 November ini, kerajaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kes anak beliau.(13 orang kena zalim  berhimpun depan Istana Iskandariah,Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak,pada 2009)

Kes 13  orang kena zalim itu, sebenarnya Mahkamah Tinggi telah membebaskan  dua tertuduh dan  hanya mengenakan denda RM5000  ke atas 11 yang lain.

Melihat hal ini,kerajaan melalui pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan atas kes ini.

Kes ini ,akan didengari pada 25 November ini.Menurut ,Abang Zul, bapa kepada mangsa kezaliman itu, notis untuk hadir ke Mahkamah Rayuan,dihantar melalui tangan. TETAPI, Abang Zul.memberi tahu anaknya berada di Kuala Lumpur.Jadi penghantar surat,akan menghantarnya ke Kuala Lumpur.

Harap-harap ada geng ustaz,buat solidariti untuk mereka.Sebab pengerusinya,antara orang yang berucap supaya hadir di hadapan istana, atas isu MB Perak,2009.

SISI BUKIT

LATEST: FRU MENGGGANAS, MASJID DIBEDIL GAS PEMEDIH MATA!

February 6, 2009
3.45 petang: Pihak polis menangkap lapan orang di kawasan Masjid Ubudiyyah sebentar tadi selepas melepaskan beberapa gas pemedih mata.  

3.20 petang: FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.
Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.
Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta.

3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.
Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut adalah pimpinan muslimat seperti Dr Lo' Lo, Siti Zailah dan pimpinan muslimat negeri serta lebih 2,000 orang yang masih setia berhimpun.

2.45 petang: FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.

2.30 petang: FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.

2.20 petang: Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.

2.15 petang: Kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.

12.30 tgh. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin bersama pimpinan peringkat negeri akan bergerak ke Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar sebentar lagi.
Turut kelihatan selain Adun-adun Pakatan Rakyat adalah beberapa pimpinan PAS peringkat negeri seperti Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang, dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo Hj Ghazali serta pimpinan daripada DAP dan KeADILan.
Difahamkan kawasan Masjid Ubudiyyah ketika ini mula dibanjiri dengan orang-ramai yang ingin melihat dari dekat perkembangan terkini dan amanat pimpinan negeri terutamanya daripada Nizar sendiri.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru orang ramai agar memenuhi Masjid Ubudiyyah tengahari ini sebagai protes terhadap upacara angkat sumpah Adun-adun BN petang nanti.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.
Malaysia Today

Photo: GENG USTAZ MENYOKONG MAJLIS FATWA

Mengikut maklumat yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, Sisters In Islam(SIS)  akan mengambil tindakan terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa yang menyebut  "SIS adalah sesat kerana mengamalkan fahaman Liberalisme dan Pluralisme". 

 Hasil semakan dan penelitian pihak kami terdapat satu fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor bertarikh 17 Julai 2014 yang menyatakan SIS Forum berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme sesat dan menyeleweng.

Kami difahamkan juga, SIS melalui Tetuan Zaid Ibrahim & Co akan mengambil tindakan mahkamah pada 31Okt 2014 jam 8.30 pagi di Mahkamah Jalan Duta.

Pihak kami menyokong penuh usaha MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan isu ini bagi membendung fahaman Liberalisme dan Pluralisme yang semakin berleluasa di Malaysia. 

 Gejala ini amat membahayakan akidah umat Islam dan tidak boleh dibiarkan membarah dalam masyarakat ISLAM di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam agar bersama-sama memberi sokongan kepada institusi ISLAM berhubung isu fatwa ini. Kita mesti tolong -menolong dalam berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ustaz Norazli Musa
Presiden GENG USTAZ
30 Oktober 2014
6 Muharram 1436

No comments:

Post a Comment