Pages

Wednesday, 29 October 2014

[Video] Own The Night HALLOWEEN party...Bala datang lagi! Depa bela Genderuwo (hantu raya)...

Rabu, 29 Oktober 2014

bala dtg lg...

Photo: Melayu dulu dulu tak bela anjing buat jaga kampung..

Depa bela hantu raya...


Melayu dulu dulu tak bela anjing buat jaga kampung..

Depa bela hantu raya...


BISMILLAH 5 DAN 6 UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN DAN SAKA

Gambaran Hantu Raya


Maklimah nak cerita serba sedikit tentang Saka Hantu Raya ni yang Maklimah tau dari kawan-kawan Maklimah sendiri yang mana nenek moyang mereka membela Hantu raya ni. Orang zaman dahulu memeng tidak memikirkan langsung keburukan dan amalan mereka membela hantu raya itu menyalahi agama dan syirik. Mereka mengamal cara ini kononnya untuk menjaga harta benda dan diri sendiri,. Ianya menjadi turun temurun dari generasi ke generasi dalam kehidupan kelurga tanpa mereka sedari.

Hantu Raya yang maklimah tau menyerupai tuannya, kadang-kala orang nampak dia ada di sesuatu tempat tapi yang orang lain pula kata dia ada di rumah, sebenarnya yang mereka nampak itu adalah hantu raya disuruh menjaga rumah dan dia boleh juga menemani isteri tuannya dan tidur sekali seperti pasangan lain. Kawn saya sendiri mengatakan neneknya ada membela hantu raya. Maklimah dapat tahu dia mempunyai masalah pening kepala yang teruk dan mengambil ubat darah tinggi.Maklimah tanya pada kak long masalah kawan maklimah dan kak long kata kawan maklimah ada hantu raya yang sukanya. Maklimah baru terfikir apabila waktu makan dia akan makan banyak, ambil nasi penuh satu pinggan, lepas makan nasi dia boleh makan lagn benda lain, kuat makanlah katakan.  Bila maklimah tanya dia baru dia mengaku neneknya ada bela hantu raya dan maklimah sarankan agar dia berubat namun kak long hantu saka susah nak buang selagi tuan punya masih hidup dan kita kena banyak berzikir kepada Allah dan jangan tinggal sembahyang. Mak limah sarankan banyak membaca ayat Bismillah 5 dan Bismillah 6 untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan dan juga dapat mengelakkan dari gangguan binatang berbisa dan jika kita masuk hutan rimba bacalah seberapa banyak ayat Bismillah 5 dan 6 ni..

BISMILLAH 6

BISMILLAH 5
Maklimah sendiri juga mengalaminya tetapi tidaklah seteruk orang yang membela saka yang mengganggu keluarga mereka jika tidak dapat penggantinya. Mereka akan mencari pengganti tuannya sehingga dapat dan biasanya mereka akan mencari pengganti yang rapat dengan tuannya dan kadang-kala kita tidak sendiri mereka akan memberi sesuatu barang kononnya tanda mereka sayangkan kita. Perangai mereka juga seperti sifat saka yang dibelanya, biasa merka malas sembahyang dan pura-pura sembahyang, panas baran dan bila tua akan nyanyok apabila semakin meningkat tua dan suka cakap sendiri dan membebel yang bukan-bukan, mereka biasanya dapat mendengar bisikan di telinga untuk membuat sesuatu yang kadang-kala boleh mencederakan diri mereka sendiri.

Apabila kita jarang sembahyang, lagi senanglah diri kita didekati oleh saka nenek moyang kita dan tanpa kita sedari kita apabila menngkat umur tua kita akan mengalami bermacam-macam sakit yang kita sendiri tidak tau dan tidak dapat dikesan oleh perubatan moden. Biasanya saka ini suka mengganggu orang yang mengandung dan tanpa kita sedari boleh keguguran banyak kali. Kawan maklimah sendiri tahu neneknya mempunyai saka tetapi tidak cuba berubat kerana dia bebarapa kali keguguran walaupun kandungannya sudah masuk 6 bulan hinggakan doktor sendiri pun hairan.

Dalam hidup kita sememangnya perkara-perka begini masih wujud walaupun zaman semakin berubah kerana syaitan telah berjanji akan menganggu anak cucu Adam s.w.t dan kita semakin lupa untuk bersujud kepada Allah sw.t dan banyak melakukan maksiat dan melakukan benda-benda kurafat dan syirik.

TOYOL
Toyol adalah saka yang paling biasa kita dengari, kalaum kita ada bermimpi budak itu bermakna memang ada toyol di kawasan kita. Orang kata cara nak mengelakkan toyol masuk ke rumah kita ialah dengan membela ikan puyu dan tabur kacang hijau kerana toyol akan leka bermain kacang hijau, syiling 10 sen dan anak dara. Simpan duit dalam uncang bertali kerana toyol takut kalau tercekik sertakan
Daun Jelatang Gajah kerana Toyol danPembela  Pelesit. Dan selalu membaca ayatul Qursi setiap kali menyimpan duit dan berniat pohon pada Allah agar menjaga harta benda kita.

Daun Jelatang Gajah

Toyol adalah hasil pemujaan kepada mayat anak sulung dari ibu sulung yang mati pada hari selasa. Mayat bayi itu akan disalai selama 40 hari dii samping dibaca jampi dan mentera.

No comments:

Post a Comment