Pages

Thursday, 2 October 2014

Bantu Warga Miskin: Kenapa naik 20 sen? Naikkan sehingga RM20 seliter...

Jumaat, 3 Oktober 2014
Foto

  • Mostar Saufi   PANTUN RAKYAT UTK PEMIMPIN...


  • Tanpa elaun seperti menteri

    Makan bayar sendiri
    Kereta pandu sendiri
    Minyak isi sendiri
    Jalan sesak kami hadap setiap hari

    Mudah pula tuan berkata
    Jangan makan bila ayam naik harga
    Jangan minum manis bila naik harga gula
    Jangan guna jalan jika tol naik berganda
    Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

    Kami umpama kain basahan
    Tuan perah habis habisan
    Akhirnya kami kekeringan
    Merana kami tuan kesenangan

    Duit sejemput kami diperas hingga rabak
    Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
    Diusul kami tuan amuk sampai koyak
    Kami senyum lihat tuan makin menggalak

    Tak mengapalah tuan
    Kami terima segala ketentuan
    Cuma ingat pesan Tuhan
    Setiap perkara ada balasan
    Nasib tuan belum ketahuan

    Tuan jangan lupa
    Kami manusia biasa
    Sabar kami ada tahapnya
    Luka kecil boleh menjadi nanah juga

    Kuasa tuan dari kami
    Naiknya tuan dari kami
    Jatuhnya tuan juga dari kami...



Otak macam ini yang melayu UMNO suka... "Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin dan kurang mampu"

Take Note: kenapa hanya naik 20 sen , kalau begitu sepatutnya dinaikkan sehingga RM20 seliter ... alang-alang naiklah .. barulah betul-betul bantu orang-orang miskin dan kurang mampu...
 — di Kajang.

No comments:

Post a Comment