Penyokong Saiful Cetuskan Kekecohan Di Luar Mahkamah
Selepas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan pagi tadi, kini giliran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II, memenuhi perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyatakan sokongan.
Melaungkan "Tangkap Anwar", "Lima Tahun Sungai Buloh" dan "Kalau lebih lagi bagus", mereka mula tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan berpakaian kuning.
Jumlah kehadiran mereka kira-kira 400 orang, dilihat lebih ramai daripada semalam.
Kumpulan "Keadilan untuk Saiful" itu turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan menjulang sepanduk "Justice for Saiful", "PKR Jangan Ugut Mahkamah", "Hormati Sultan, Hormati Undang-Undang" dan lain-lain.
Bagaimanapun, mereka dipisahkan 200 meter daripada kumpulan "baju hitam" pro-Anwar dengan pagar penghadang dipasang Perbadanan Putrajaya.
Penyokong Anwar hadir lebih awal sejak pukul 8 pagi tadi dan membina pentas mini bagi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis berucap. - tmi
BLM.
KHAMIS, 30 OKTOBER 2014
JUMAAT PENENTU ANWAR, AYUH RAIKAN KEMENANGAN !
TAHNIAH kepada rakan-rakan yang terus komited melawan kezaliman. Dua hari yang lalu, Anwar tidak keseorangan di Mahkamah Istana Kehakiman Putrajaya. Majoriti anak-anak muda dari berbagai lapisan turun bersolidariti buat tokoh reformasi ini yang dibicarakan di dalam kes fitnah Liwat II.
Waktu bekerja dua hari yang lalu dengan cuaca di sebelah petang dua hari berturut-turut hujan agak lebat, mereka tidak berganjak. Semalam hari kedua kehadiran meningkat berganda dari hari pertama kerana ramai yang menjangkakan keputusan dibacakan semalam. Difahamkan keputusan akan dibacakan oleh Hakim pada Jumaat ini.
Bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung |
Sehubungan itu, tentukan Jumaat ini kita akan merayakan kemenangan menewaskan fitnah jijik kotor dari dubur Sepol. Anwar akan bebas Jumaat ini, itu keyakinan aku, Puas mahu mencari di mana dan apakah sebab yang kuat untuk penjarakan Anwar sekali lagi.
Ada kawan-kawan yang telah hilang punca sehingga sanggup mendoakan Anwar masuk ke Sg Buluh. Simpati juga dengan kawan-kawan seperti ini yang mudah patah hati, mudah dibeli jiwa dan raga mereka dan lupa kepada asas perjuangan, jauh sekali dengan akhlak Islam. Mengapa jadi begitu? Sebabnya kerana taksub kepada pemimpin mereka.
Tawan Putrajaya dengan bendera PR |
Ketua Ulamak Sedunia, Dr Yusof Qardhawi terbaru menyatakan rakyat Malaysia harus bangkit melawan fitnah ke atas Anwar. Aku tidak pasti pemimpin-pemimpin di bawah Ulamak terkenal ini Wala' atau tidak kepada "bos' mereka atau hanya mereka sahaja yang perlu di"Wala'kan? Itu kata-kata Syeikh Yusof Qardhawi bukan kata-kata Presiden PasMa.
Sembang dengan otai2 reformis |
Apa pun, aku sudah tidak hairan lagi siapa mahu datang atau tidak. Aku yakin, kalau aku datang seorang diri pun aku akan dapat pahala.
No comments:
Post a Comment