Tu tengok. . Untuk kaya raya mesti duduk dalam umno. Di situ project ali baba berlambak. Duit rasuah, komisyen tu semua KETIRISAN DAN SALAH TADBIR yang menjadi punca hutang negara bertimbun.
Tu baru ketua bahagian tu...
Tu baru ketua bahagian tu...
The Star/Asia News Network
Inilah yang dikata 'mengata dulang, paku serpih.. mengata orang awak yang lebih'...
Inilah yang dikatakan sebagai 'mengata dulang, paku serpih.. mengata orang awak yang lebih'.. dulu masa Kerajaan Negeri Melaka membayar harga yang tinggi untuk membida plet kereta, dia sibuk nak persoalkan..
Sekarang dia pulak yang lakukan, malah jauh lebih mahal dari tujuh no plet MCM yang berharga RM200,000 semuanya itu.
Kerajaan Negeri Melaka membayar RM200,000 untuk 7 no plet.. tapi Sanjeevan membayar RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW..
Kalau dia mampu.. tak salah.. tapi yang dipersoalkan ialah tidakkah ini juga satu pembaziran sebagaimana yang dituduhnya dilakukan oleh Kerajaan Melaka dulu itu?
Shamsul Iskandar tak mau tanya dia pulak ke.. “Dari mana mendapat duit yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan”.
Dia ni dari AMK ni.. tunggu apa lagi?.. belasahlah..
Atau.. mereka buat tak boleh .. kita buat boleh.....
Laporan berkaitan..
Posted by Anak Sungai Derhaka
PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch S.Sri Sanjeevan telah membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW.
Berdasarkan gambar yang telah menjadi viral di Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Selangor.
Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos.
Antara pemilik plat BMW baharu itu termasuklah jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100) serta anggota pentadbiran kerajaan yang tidak dinyatakan nama harga tempahan untuk plat nombor BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10.
Banyak yang diperkatakan oleh pengguna Twitter berhubung bayaran besar ini, seperti yang terdapat di Twitter @The_Mamu - "Sanjeevan ni meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal.
@MuazFadhli juga telah mempertikaikannya dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli Satu je no plat BMW.
Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi lapor mStar
No comments:
Post a Comment