Pages

Monday, 20 October 2014

“Politik Baharu” yang dibawa masuk ke M'sia? Kali ini pegang anjing, mungkin akan datang...

Selasa, 21 Oktober 2014

King Jason

Highway Kings Hanjin

Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti.
PEGANG ANJING, HUKUMNYA JELAS. TETAPI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YANG SALAH

Isu pegang anjing yang heboh sehari dua ini bukan sekadar dibincangkan dari sudut hukum atau dari sudut fiqh, tetapi lebih dari itu ia perlu dibincangkan dari sudut pemikiran moden yang berkembang dalam kalangan generasi baru. Dari sudut fiqh, ada mazhab yang ketat dalam isu pegang anjing dan pula mazhab yang memberikan ruang dan kelonggaran seperti mazhab Hanafi. Ia sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kerana wujud kelonggaran dari sudut agama. Masalahnya ialah ia bercanggah dengan adat dan tradisi orang Melayu di negara ini yang berasa canggung dengan anjing. Ia dikukuhkan dengan mazhab fiqh orang Melayu yang berasaskan kepada mazhab kurang mesra dengan anjing. Kalau pegangpun, hanya perlu basuh sahaja bukanlah haram.

Dari sudut pemikiran, mengetengahkan isu pegang anjing merupakan suatu jenis pemikiran yang dinamakan sebagai post modernism iaitu pemikiran yang sentiasa mengkritik apa yang telah mapan atau yang sudah biasa diamalkan dalam masyarakat atau melakukan sesuatu menyanggah kebiasaan masyarakat. Ia menjadi trend semasa kepada generasi masa kini yang dipercayai atas alasan itu adalah hak mereka. Banyak aktiviti kehidupan generasi masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan pada masa lalu yang dianggap sebagai inovasi. Malah, menyanggahi amalan kebiasaan dalam sesetengah keadaan sangat digalakkan atas nama inovasi. Memang tidak semua sanggahan terhadap tradisi itu haram melainkan sekiranya menyanggah perkara yang diwajibkan di dalam agama.

Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti. Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu. Namun, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka. Maka, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan. Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism.

Isu pegang anjing merupakan suatu usaha yang halus yang boleh dikaitkan dengan usaha untuk meruntuhkan pegangan umat Islam terhadap tradisi, termasuklah agama. Setakat ini, pegang anjing bukanlah suatu isu penting yang perlu diangkat sebagai bahan perbincangan oleh umat Islam. Banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian oleh orang Islam seperti isu akidah, isu arak dan sebagainya. Tetapi ia diangkat sebagai isu yang penting dipercayai mempunyai agenda yang tertentu dan sebahagian dari kempen besar contestation dalam “politik baru” yang ingin dibawa masuk ke dalam negara ini. Kali ini mungkin pegang anjing, mungkin akan datang lain pula isunya.

Saidina Ali berkata: kata-kata yang betul, tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Nota - Post modern adalah asas kepada Islam liberal dan post Islamism. Mereka suka mengkritik walaupun perkara yang tetap di dalam Islam

Myfaisalonline.blogspot.com

Gambar: Dari rakan FB

" boleh bersetuju utk tdk bersetuju ,,,
Tgh viral dimna2 ttg tajuk sebuah program cabaran memegang anjing ,,,
Adkh ia salah ?
Mungkin betul ?
Mungkin khilaf ?
Mungkin makruh ?
Mungkin haram ?
Bisa aja korang memilih mngikut citarasa dan logik korang2 ,,
Tetapi sbgai umat islam, pnganut agama yg patuh dgn ajarannya, agama kita melarang utk memegang dan memelihara TANPA SEBAB2 YG MUNASABAH ,,, ( boleh merujuk dgn kenyataan trbaru UAI ttg isu memegang anjing ) .
Diposisi aku sendiri, aku sendiri pernah dan sehingga kini masih memelihara bnyak ekor anjing ,,
Dan gambar diatas adalah anak2 anjing yg aku miliki dan pelihara sehingga skrang selama 6 tahun ,,
Tujuan, HANYA utk mnjaga ternakkan dan tanaman aku dari ancaman musuh ,,, 
Namun aku tdk pernah memilih utk suka2 memegang dan membelai anjing2 tersebut WALAUPUN anak2 nye klihatan terlalu comel dan pernah mnyelamatkn aku ,,
Melainkan ia sakit krana trcedera, dan memindahkn ia kedlm sangkarnya. Dan jika ia basah, maka aku akn samaklh seperti yg diajar oleh agama aku..
Kerna apa ?
Kerna keyakinan kami bhawa mesti ada sebab musabab knpa agamaku melarang mnjadikn anjing sbgai haiwan peliharaan utk disayang sayang dan dibelai belai ...
Sbnarnya apa yg aku lihat,
Majoriti sahabat2 bangsa cina dan india di mna2 terutamanya di kampung2, bnyak yg memelihara anjing ini utk keselamatan..
Manakala org2 islam di kampung2 pula memilih ANGSA sbgai haiwan peliharaan juga utk mnjaga keselamatan dan pngawasan sekitar2 rumah mereka,,Malah angsa lbeh selamat utk anak2 dan org2 tua, kerna tiada pernah kedengaran penyakit angsa gila. Tapi anjing gila itu sering ,,,
Maka itu solusi yg ada bagi kite jika alasan keselamatan dan pngawasan diguna pkai ,,
Jadi prkara yg lebeh baik adalah hormat menghormati ,,,
Bangsa lain juga harus hormat dan fham ttg kehendak agama kami ini ttg isu pemeliharaan anjing2 ,,
Bgitu juga kami selama ini umat islam tiada masaalah dgn bangsa2 lain memelihara anjing2 ini asalkn tidak memudaratkn ,,

TIADA SEBAB UTK KAMI SUKA2 MEMEGANG ANJING JIKA TIADA SBB YG MEMUNGKINKAN KAMI MEMEGANGNYA ,,
BUATLH PROGRAM2 YG LBEH BNYAK MANFAATNYA UTK MASYARAKAT KERNA IA PASTI MNDAPAT SOKONGAN DARI SEMUA BANGSA, DAN SEMUA AGAMA ! "
Dari rakan FB

" Boleh bersetuju utk tdk bersetuju ,,,
Tgh viral dimna2 ttg tajuk sebuah program cabaran memegang anjing ,,

No comments:

Post a Comment