Menteri2 luar negara bila ada skandal je cepat2 letak jawatan .... itu bertanggungjawab namanya.
Kat Malaysia.. bilion2 rembat.. yang dedah rembatan kena tangkap!!! THIS IS MALAYSIA!
Kat Malaysia.. bilion2 rembat.. yang dedah rembatan kena tangkap!!! THIS IS MALAYSIA!
BEZA POLITIK JEPUN DAN MALAYSIA
Jepun negara maju, betukar PM berkali kali,belum sempat kita hafal nama PM baru,dah bertukar lagi PMnya. adakah ekonomi dan negara Jepun Huru Hara?
--SILA BACA DAN SEBARKAN ARTIKEL INI--
Pagi ini di Jepun, 2 Menteri wanita dalam kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe iaitu Menteri Perundangan, Midori Matsushima dan Menteri Perdagangan dan Industri Jepun, Yuko Obuchi telah meletakkan jawatan masing-masing selepas dikaitkan dengan skandal menyalahgunakan wang kempen pilihan raya.
Kedua-dua menteri ini merupakan 2 daripada 5 menteri wanita Jepun dan merupakan tulang belakang kepada kabinet PM Shinzo Abe yang baru sahaja dirombak awal bulan lepas.
Yuko Obuchi meletakkan jawatan awal pagi tadi kerana ingin memudahkan siasatan untuk dilakukan ke atas beliau atas salah laku dalam pengurusan dana pilihan raya, dan beliau menafikan tuduhan itu. Manakala, Midori Matsushima pula meletakkan jawatan atas tekanan yang dikenakan oleh pembangkang DIET (Parlimen) Jepun iaitu Parti Demokratik, kerana beliau mengedarkan kipas tangan (uchiwa) kepada pengundi semasa berkempen di pilihan raya. Perbuatan memberi hadiah dan sagu hati ketika berkempen ini adalah salah di Jepun kerana ia dianggap sebagai perbuatan membeli undi.
Kedua-dua Menteri ini telah memohon maaf secara terbuka dan Perdana Menteri Shinzo Abe juga telah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab penuh kerana melantik kedua-dua menteri tersebut.
Politik negara Jepun memang terkenal dengan tahap ketegasan yang tinggi di mana sekiranya ada skandal rasuah atau salah guna kuasa dikaitkan dengan mana-mana menteri, menteri itu akan terpaksa atau dipaksa meletakkan jawatan serta merta, termasuk bos besar Perdana Menteri. Sebab itulah dalam masa 10 tahun terakhir ini, Jepun mempunyai 7 Perdana Menteri yang berbeza.
Berlainan dengan Malaysia, dalam masa 57 tahun, kita hanya mempunyai 6 orang Perdana Menteri. Namun itu bukan point utama yang ingin saya tekankan. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah sekiranya politik negara kita mempunyai tahap ketegasan dan integriti yang tinggi, tiada menteri yang akan berada dalam zon selesa dan berani menyalahgunakan kuasa kerana mereka akan dihukum serta-merta. Dan yang akan untung dalam situasi ini ialah rakyat, kerana menteri akan berusaha memberi yang terbaik.
Jepun bukanlah negara Islam, namun politik, ekonomi, kebersihan dan teknologi mereka adalah jauh lebih baik sekiranya hendak dibandingkan dengan negara majoriti Islam kita iaitu Malaysia. Di manakah silapnya kita? — bersama Mark Pix II.
No comments:
Post a Comment