Pages

Saturday, 18 October 2014

[Video] Ngo LENSA suara anak muda yang mudah letih 'lemah tenaga'? LENSA "already resign to the fate...."

Ahad, 19 Oktober 2014

Power...Kuasa Rakyat!




WAHAI ANAK Lensa, PERJUANGAN ITU TIADA SKIM PERSARAAN 


Mula-mula Yong mengucapkan syabbas kepada kumpulan anak muda LENSA kerana berani menegur pemimpin-pemimpin negara.

Yong baca surat ini dengan rasa sedih. Bukan sedih kerana mungkin benar Anwar Ibrahim akan ke penjara lagi. Tetapi sedih kerana anak muda ini masih tidak memahami apa erti perjuangan.

Perhatikan pemimpin politik di seluruh dunia di era modern ini:

Nelson Mandela bersara dari politik selepas dia berjaya memerdekakan Afrika Selatan dan menghapuskan dasar apartheid. Itupun, dalam persaraan, dia tidak duduk diam. Dia terus bercakap menentang kuasa-kuasa barat, sehingga ke akhir hayatnya pada usia 95 tahun.

Yasser Arafat, disebalik perjuangan politiknya yang kontroversi, tidak pernah bersara sehingga dia meninggal dunia pada tahun 2004. Usianya ketika itu 75 tahun.

Mohamed Morsi, kini berusia 63, Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi masih lagi dalam tahanan. Mungkin sedang menghadapi hukuman mati. Adakah dia akan memilih tawaran pangkat atau bersara?

Dr Burhanuddin Al Helmy, pejuang kemerdekaan, juga tidak pernah bersara, walaupun telah di penjara oleh British dan Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 akibat penderitaan penyakit kerana seksaan di penjara.

Mungkin para sejarahwan boleh beri nama-nama pemimpin dunia yang hebat yang mengakhiri perjuangan dengan kematiannya, bukan persaraannya.
Jelaslah surat itu datang daripada suara anak yang letih.

Tetapi sebagai anak muda yang banyak tenaga, istilah letih tidak wajar keluar dari mulutnya. Orang tua seperti Anwar Ibrahim tidak letih. Kenapa kamu letih? Usia muda adalah anugerah Allah untuk dihayati sepenuhnya. Hayatinya dengan semangat juang - bukan dengan despondency (kesedihan dan keletihan).

Jika tidak mahu pergi bersolidariti dengan Anwar Ibrahim pada tarikh berkenaan, tidak usah pergi. Tetapi jangan patahkan semangat anak muda lain yang nak pergi.

Jangan patahkan semangat orang lain yang sedang berjuang untuk menghapuskan kezaliman.

Belum lagi sampai masanya kamu patut berkata "Letih."

Fikirlah! Adakah kesengsaraan rakyat masakini akan berakhir jika Anwar Ibrahim bersara?

TIADA ISTILAH BERSARA BUAT PEJUANG, WAHAI ANAK.

Berikut ialah surat terbuka daripada Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee (Komen dihujung): 

SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM “BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Sama ada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional? 

Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalan raya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA.

Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.

Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang.

Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.

comments

Salam Yong....

Syabas Yong....begitu cara berfikir....orang muda ni gopoh...gelojoh dan mudah tewas...tapi kalo orang tua macam hj Bakhil ni....ganteng...sabbar dan mampu bertahan dan tak mudah mengaku kalah cukgu Murni....kah kah kah....

Jika DSAI bersara dari perjuangan ini, dan tatkala Malaysia sudah hancur lebur, negara sudah bangkrup dikerjakan rejim BN dan masyarakat porak poranda....barangkali bebudak LENSA ni suatu hari akan menulis begini pula....

SAYANGNYA ANUAR IBRAHIM MEMILIH UNTUK BERSARA ....TERNYATA BELIAU KELETIHAN SETELAH BLA BLA BLA...PERJUANGAN RAKYAT UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARI BN TERGENDALA BLA BLA BLA ....".....

Saya cuma nak tanya bebudak LENSA...hangpa suruh DSAI bersara hangpa dah ada pengganti yang setaraf dengan dia ka nak ambik alih...tak kan nak bagi kat Hj Hadi dengan geng MSU mengepalai perjuangan ini kot....saheh depa heret PAS join UMNO bersama-sama merompak negara. Baru saja dapat perintah Selangor dah mula merompak saham ESSOS la EKSOZ la....

Setakat ini belum ada pengganti dik...percayalah jika watak macam Mat Sabu dapat dinaikkan ke atas bagi mengepalai perjuangan ini...... BN akan rebah tersungkur di Putra Jaya. Malangnya apabila "platform" dibina untuk MS naik atas, ada pulak kawan-kawan sejemaah yang berusaha meruntuhkannya. Hang tak nak suruh Mat Sabu pencen juga ka, dia juga telah melalui berbagai siksaan dan penderitaan....

Atau adakah bebudak LENSA "already resign to the fate...." Lantak lah apa nak jadi kepada negeri ini, kerna kamu udah letih berlawan. Kalau macam tu hangpa sajalah yang bersara awal dan pergilah bersuka ria telan pil kuda. Pi tanya Pak Hj kat mana boleh dapat! Biar kami saja yang meneruskan perjuangan ini.....


Itulah orang muda...gopoh berpikir...gopoh segala-galanya kah kah kah....


Posted by 

No comments:

Post a Comment