'Ya, Melayu pendatang, tapi paling awal'
Memang benar Melayu juga pendatang tetapi kaum itu paling awal, “terkuat, berani dan bijak” serta menjadi sultan dan raja dihormati sejak awal sejarah negara ini, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
“Benar seperti kata Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura bahawa mereka berasal dari lanun tetapi apabila orang Cina datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu mereka terpaksa menyembah lanun-lanun ini yang sudahpun menjadi raja dan sultan,” katanya
Bekas menteri penerangan itu berkata, ketika serangan Portugis terhadap Empayar Melayu Melaka, rakyatnya terdiri daripada orang-orang Melayu menentangnya.
Malah, kata Zainuddin, penjajah British yang datang kemudian juga mengiktiraf kedudukan raja Melayu di negeri-negeri Melayu dan ketika itu tidak ada Orang Asli menjadi raja.
Menyentuh kenyataan anggota Gerakan Johor Tan Lai Soon (atas) yang mencetuskan kontroversi kerana menggelarkan Melayu juga pendatang, Zainuddin menyamakan Gerakan dengan DAP.
“Tan Lai Soon adalah dari Parti Gerakan yang asalnya bersama DAP menghayati inspirasi Lee Kuan Yew untuk menjadikan negara ini Republik Sosialis dan menghapuskan pemerintahan beraja.
“Jiwa gerakan tidak ada bezanya dengan DAP dan akan terserlah dalam isu-isu tertentu. Parti ini tidak sesuai untuk berada dalam BN,” katanya.
Gerakan hari ini menggantung keahlian Tan walaupun beliau dilaporkan memohon maaf melalui sebuah portal berita.
'Saya keturunan India-Arab'
Sambil menegaskan tidak mempersoalkan kesetiaan Cina, Zainuddin (bawah) yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu menyifatkan golongan Cina menghadapi krisis identiti sebagai rakyat Malaysia.
Ini kerana, katanya lagi, di samping tidak mahu dipanggil pendatang, mereka sebaliknya mahu dikenali dengan “bahasa pendatang”.
Menulis dalam blognya, beliau bagaimanapun mengakui dirinya sendiri sebagai pendatang yang mana bapanya berketurunan India dan ibunya Arab.
Bagaimanapun, tambahnya, beliau menjadi Melayu dari segi perlembagaan kerana selain beragama Islam, beliau mengamalkan adat istiadat Melayu dan tidak merasa asing atau malu menggunakan bahasa Malaysia.

Sumber Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment