Artikel jahat hina ahli wanita, DAP lapor SKMM
SHAH ALAM, 3 OKT: DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dua artikel berniat jahat yang menghina tiga ahli wanita Melayu parti itu, iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman dan Jamila Rahim.
Artikel pertama bertajuk ‘Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ ditulis oleh seseorang yang menggelarkan dirinya KuntaKunte Malaysia dan disiarkan laman milik Umno mykmu.net.
Seperti tajuknya, artikel itu menuduh Jamila yang menyertai DAP Selasa lalu ‘menjual diri dan agamanya’ demi kemewahan.
Artikel kedua pula bertajuk ‘DAP dan politik onani’ oleh pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Edwin Michael yang disiarkan laman Free Malaysia Today semalam.
Dengan menggunakan bahasa lucah, artikel itu menuduh DAP ‘ketagih politik onani’ dengan ‘menjual’ Dyana, Syefura dan Jamila untuk menarik sokongan dan akan meminggirkan mereka selepas ‘mencapai ejakulasi’.
Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo yang mewakili mereka berkata, kedua-dua artikel tersebut adalah salah di bawah Seksyen 2 (33) Akta SKMM 1998.
“Kami membuat laporan ini kerana artikel tersebut memberi kesan besar kepada Dyana, Syefura dan Jamila.
“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan.menerima kritikan, tetapi bukan dengan cara ini,” kata Gobind dalam sidang media selepas membuat laporan tengahari tadi.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Laporan sudah dibuat, kenyataan (ketiga-tiga) sudah diambil. Kita harap akan terima maklumbalas pada minggu hadapan,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan, DAP akan menimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu. -Roketkini
Pages
▼
Friday, 3 October 2014
[Video] Pelacur, politik onani: Ahli wanita Melayu DAP mahu ambil tindakan...
Jumaat, 3 Oktober 2014
No comments:
Post a Comment