Pages

Sunday, 19 October 2014

[Video] Perwakilan Gerakan: Melayu juga pendatang, bukan Cina dan India sahaja...So stop fighting'

Ahad, 19 Oktober 2014

Perwakilan dari Johor mengatakan semua kaum kecuali Orang Asli dan Sabah dan Sarawak adalah pendatang, di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 19 Oktober, 2014.

Seorang perwakilan Gerakan hari ini berkata kecuali Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak, orang lain di Malaysia semuanya merupakan pendatang (imigran).
Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.
"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.
Persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini. – 19 Oktober, 2014.
TMI.

No comments:

Post a Comment