CARTA HARGA PETROL RON 95 DARI TAHUN 2009-2014 ... SUDAH NAIK 5 KALI ... DULU SEKALI NAIK 5 SEN ... SESUDAH PRU 13 NAIK MENDADAK 20 SEN.
Harga petrol RON 95 dari tahun 2009 - 2014. Harga terkini dinaikkan sebanyak 20 sen dari RM2.10 ke RM2.30.
Sejak tahun 2009 hingga 2010 naik 3 kali tetapi sekali nai hanya 5 sen seliter ... tahun 2012 tidak naik sebab dah dekat dengan PRU ke-13 takut nanti tergolek "dog" UMNO/BN rakyat kerjakan.
PUTRAJAYA 27 Mac 2012 - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Harga minyak mentah global hari ini berada pada paras AS$107.04 setong dan penganalisis menjangkakan harga itu terus meningkat selepas Jun ini yang salah satunya disebabkan oleh sekatan terhadap penjualan minyak dari Iran.
Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji Februari lalu bahawa harga RON95 yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan untuk masa terdekat walaupun berdepan dengan kenaikan harga minyak global.
Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.
Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.
Pada tahun lalu sahaja, katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk membiayai subsidi petrol dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat dan ia merupakan penambahan sebanyak RM6.3 bilion berbanding tahun sebelum iaitu berjumlah RM9.6 bilion.
Realitinya selepas PRU 13 menang celah gigi, harga minyak RON 95 dan Diesel pada 1hb September 2013 dinaikkan 20 sen seliter ... alasan diberi ialah mencegah penyeludupan.
Tahun ini genap setahun setelah dinaikkan .. dinaikkan lagi 20 sen seliter.Rakyat bertanya .. adakah Langkah Naik Minyak ini rakyat tidak dibebani kesan sampingan?
Posted by OMAK KAU!!
No comments:
Post a Comment