Padan muka...
Pua: '3.8b bon 1MDB diguna bayar hutang'
MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan RM3.8 bilion daripada RM9.6 bilion perolehan daripada tawaran bon pada 2013 untuk membayar balik hutangnya, yang menurutnya merupakan satu "pelanggaran jelas" terhadap pekeliling yang dikeluarkan kepada pelaburnya berhubung tawaran bon itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini beliau berkata menurut penyata kewangan 1MDB yang terbaru, 1MDB Global Investments telah menggunakan RM3.8 bilion daripada jumlah bon keseluruhannya untuk disalurkan kepada syarikat induk, 1MDB, untuk membayar "hutang dan perbelanjaan operasi."
Dalam pekeliling berhubung tawaran itu, ia menyatakan bahawa semua perolehan bersih daripada tawaran bon akan digunakan untuk Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC), yang masih belum ditubuhkan.
Persoalannya, tegas Pua, adakah para pelabur bon 1MDB telah dimaklumkan mengenai perubahan dalam penggunaan hasil perolehan daripada tawaran bon itu.
Tawaran bon tersebut telah pun dilanda kontroversi, berikutan surat sokongan kerajaan Malaysia untuk mereka, dan juga bayaran oleh 1MDB yang melebihi kadar pasaran kepada Goldman Sachs International berhubung tawaran bon itu.
No comments:
Post a Comment