Pages

Wednesday, 5 November 2014

Bangunlah, Najib! Rakyat seperti bercakap dengan dinding...

Rabu, 5 November 2014

Bangunlah, Najib! Lihat dan dengarkan rasa tidak puas hati!

Oleh Ahmad Mustapha Hassan

Saya telah menulis beberapa artikel yang mendesak Perdana Menteri mengurangkan dan menamatkan trend yang akan mewujudkan huru-hara di negara ini. Ia seperti bercakap dengan dinding. Tapi yang pastinya, beliau perlu bangkit dari tidur dan bertindak, atau dia akan menjadi orang yang terpaksa bertanggung jawab ke atas bencana yang menanti negara ini.
Setiap kali Datuk Seri Najib Razak membuat ucapan, beliau kelihatan seperti seorang pelakon amatur dengan arahan yang lemah, bersenandika dalam drama Shakespeare. Pembantu-pembantunya harus berani untuk memberitahunya tentang perkara ini. Mungkin apa yang orang lain katakan adalah tidak diendahkan, kerana penasihatnya telah menyampaikan gambaran yang salah tentang tanggapan orang ramai terhadapnya.

Dalam hal ini, orang-orang beliau juga harus dipersalahkan.

Suara-suara sumbang mengenai perpaduan negara semakin lantang, mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat. Unsur-unsur anti nasional telah diberi kebebasan membuat ucapan kebencian dan mewujudkan ketidakpastian di kalangan majoriti.

PM itu juga seolah-olah sedang meniru tindakan-tindakan liar ini. Setiap orang yang dilantik sebagai Perdana Menteri melalui proses demokrasi, perlu berkelakuan dan bertindak mewakili negara secara keseluruhannya. Dia tidak harus membenarkan dirinya dipergunakan orang-orang yang mencari populariti di kalangan kaum mereka melalui tingkah-tingkah laku yang sudah ketinggalan zaman dan menanamkan rasa takut tentang agama mereka. Beliau harus menegur mereka dan membawa mereka kembali ke kewarasan. Adalah tidak wajar baginya untuk memarakkan lagi situasi ini.

Adalah menyedihkan apabila MCA, bak budak suruhan BN, membela Najib dengan mengatakan bahawa media telah salah faham mengenai ucapannya mengenai sokongan dan permintaan bagi bantuan pembangunan. Telah dilaporkan secara meluas bahawa Najib telah berkata yang jika kaum Cina tidak menyokong BN, maka mereka tidak berhak menuntut apa-apa. Setakat ini Najib tidak menafikannya.

Jika David Cameron memberitahu rakyat Britain bahawa mereka yang tidak mengundi Parti Konservatif tidak akan mendapat apa-apa dari kerajaan, beliau akan menjadikan dirinya sendiri bahan jenaka politik British, dan dihalu keluar serta-merta dari 10 Downing Street.

Tetapi perilaku mengampu seperti inilah yang memberi gambaran yang salah tentang situasi ini dan menghalang Najib daripada mengambil langkah-langkah pemulihan.

Pernah dinyatakan bahawa penyokong-penyokong kategori ini akan melakukan apa-apa sahaja yang dimahukan Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri menyuruh mereka melompat, mereka tidak akan bertanya mengapa, mereka sebaliknya akan bertanya; “Setinggi mana?”. Begitu rendah harga diri golongan pengampu ini.

Mereka hanya memelihara kelangsungan hidup mereka, dan bukannya menjaga kepentingan rakyat. Tindakan mereka menyebabkan 'pemimpin’ mereka sesat dari tugas asalnya.

Akhir-akhir ini terdapatnya peningkatan dalam tindakan menyekat perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat. Sebuah forum bagi membincangkan ancaman fundamentalisme Islam telah disekat dari dijalankan. Dunia pada masa ini menghadapi ancaman daripada elemen ini dan rakyat Malaysia juga telah menyertai IS. Ini telah menyebabkan keresahan di kalangan rakyat.

Tetapi jabatan-jabatan agama Islam telah menunjukkan sikap tidak bertoleransi mereka terhadap mana-mana topik yang dianggap bertentangan dengan perundangan Islam Shafie. Tetapi orang ramai perlu mengetahuinya kerana ancaman tersebut bakal mempengaruhi cara hidup mereka.

Kemudian ada pula sebuah episod di Pulau Pinang, di mana sebuah perhimpunan aman bagi membantah Akta Hasutan telah diganggu golongan samseng. Dan tindakan mereka tidak pernah dihentikan. Hal ini menggambarkan ketiadaan Kedaulatan Undang-Undang. Ketiadaan tindakan dari pihak berkuasa hanya mendorong lebih banyak tingkah laku gangster dilakukan terhadap orang-orang yang hanya ingin mendapatkan perhatian pihak berkuasa mengenai beberapa undang-undang yang telah ketinggalan zaman, dan bertentangan dengan semangat amalan demokrasi sebenar.

Najib harus disedarkan tentang perkara ini, dan hakikat bahawa ada juga peningkatan dalam pelampau Melayu dan fanatik agama.

Gaolongan fanatik agama Islam telah mencipta ketakutan yang bukan-bukan terhadap orang Melayu. Mereka seolah-olah menentang semua yang positif.

Terdapatnya keperluan mustahak bagi menyekat semua ini dari awal, sebelum ia berada di luar kawalan. Melainkan Najib dibangunkan untuk menyedari bahawa aktiviti-aktiviti yang mengganggu ini sedang berkembang dan menyebabkan kebimbangan, negara ini akan memiliki masa depan yang suram.

Bertindak sekarang, sebelum terlambat. Berhenti hidup dalam fantasi!

Datuk Seri Perdana Menteri! Buktikan kepada semua rakyat Malaysia bahawa anda seorang lelaki, dan bukannya penakut! - WARTA UTARA
Dicatat oleh 

No comments:

Post a Comment