Pages

Tuesday, 4 November 2014

[Video] Buli di asrama: Orang ramai minta polis cari 'budak singlet hitam'..Tunggu apa lagi?

Rabu, 5 November 2014



Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam

Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam

Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan kejadian buli dipercayai oleh pelajar di sebuah asrama lelaki. -Sumber YouTube

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial.

Kalangan mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu.

Pelaku tersebut dilihat bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Laman Facebook Zuraimi Ngah, yang merupakan antara terawal memuatnaik video itu, dipenuhi komen orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Pengguna Facebook Ramizu Ibrahim berkata “Pihak berwajib tolong siasat..Polis tunggu apa lagi.”

Ct Dzaharriah pula berkata “Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.”

Rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindakan pelajar bersinglet hitam yang dipaparkan di dalam video berdurasi 4 minit 36 saat itu.

Ada yang menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama di mana dipercayai kejadian itu berlaku.

Pengguna Facebook Az Lan berkata, “Buat rasa takut kita ibu-bapa nak hantar anak ke sekolah asrama”.


Video yang dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit itu bermula dengan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama.

Namun dengan tidak semena-mena, seorang pelajar tiba-tiba meluru dari belakang dan menendang salah seorang pelajar yang sedang beratur.

Bermula daripada itu, pelaku yang memakai singlet hitam terus bertindak ganas menendang pelajar-pelajar yang berbaris, seorang demi seorang tanpa dicabar mangsa-mangsa terbabit.

Video itu telah dikongsi lebih 9,000 kali sejak ia dimuat naik.

Kes Buli Singlet Hitam Bukan Berlaku Di Maktab Mahmud Padang Terap

[Image: 20141104opie1a.transformed.jpg]

[Image: 20141104opie1c.transformed.jpg]

[Image: 20141104opie1b.transformed.jpg]
AMRAN menunjukkan berbezaan bilik asrama di Maktab Mahmud Padang Terap dengan yang di dalam video (gambar kecil).

Alor Setar: Pengurusan Maktab Mahmud di Padang Terap, di sini, menafikan kejadian buli yang dimuat naik menerusi satu video di laman sosial Facebook, malam tadi berlaku di sekolah berkenaan.

Jurucakap sekolah itu berkata, pihak sekolah sudah mengenal individu yang dikatakan menyebarkan maklumat palsu itu menerusi komen pada video terbabit dan tindakan lanjut akan diambil.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi sebagai menafikan kejadian itu.

"Kejadian itu hanya salah faham dan pihak sekolah menafikan sekeras-kerasnya kejadian itu memandangkan latar belakang bilik asrama di dalam video itu bukan berlaku di dalam asrama sekolah kita selain pelajar sekolah Maktab Mahmud tidak dibenarkan tidak memakai baju atau berseluar pendek ketika di dalam asrama," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar membuat lawatan di bilik asrama lelaki Maktab Mahmud Padang Terap, hari ini dan turut menafikan kejadian itu berlaku di sekolah berkenaan berdasarkan perbezaan yang terdapat di dalam video terbabit.

Klip video selama empat minit 37 saat itu yang tidak diketahui tarikh rakaman atau lokasi kejadian itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang menggunakan nama Amran FansSmile)

Ia memaparkan nasib sembilan pelajar lelaki yang menjadi mangsa belasahan kira-kira lima pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dan dirakam seorang lagi rakan mereka.

Malah salah seorang pelajar berpakaian baju dalam hitam terus bertindak agresif dengan membelasah kesemua mangsa berulang kali tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan kesemua mangsa ketakutan dan hanya mampu menangis teresak-esak.

"Kenapa kamu menangis," kata pelajar samseng itu sebelum bertindak terus memukul salah seorang mangsa berkenaan.

Klip video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi lebih 14,200 pengguna sehingga kini yang rata-ratanya marah dan mendesak agar pihak berkuasa menyiasat berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Insyalah aku cr bdak ni.law aku dpat aku share kt korang video aku skolahkn bdak ni ye.doakan jela..," kata pengguna FB dengan nama Apit Acond.

Seorang lagi pengguna FB dengan nama Nur Diana Hassan memaklumkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

"Sakit hati aku tgk vdeo ni. Kenapa aku bkan budak baju putih kat situ. Semua gang dia aku hentam," katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyiasat dengan mengenal pasti lokasi kejadian dan sebagainya.

"Polis masih belum mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pihak kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
wangolds.com

No comments:

Post a Comment