Gambar merakamkan DSAI dan Tun M menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Tidak diketahui sama ada mereka perasaan akan kehadiran satu sama lain atau tidak.
Posted by OMAK KAU!!
Pak Samad boikot khutbah prokerajaan
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau tidak menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara kerana mendakwa khutbah di masjid itu menyebabkan "hatinya sakit".
Sebaliknya, katanya, beliau beralih mendengar khutbah di Masjid India walaupun dalam bahasa Tamil yang tidak difahaminya, berbandingkan khutbah di Masjid Negara yang didakwanya selalu memihak kepada kerajaan.“Saya tidak suka dengar situ (Masjid Negara). Jadi saya pergi Masjid India. Dia (imam) bercakap dalam Bahasa Tamil dan saya tidak faham, tapi saya suka.
"Tak faham oklah, sedapkan? Tapi kalau dalam Bahasa Malaysia, dia cakap kamu faham, hati sakit," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas sidang media bagi majlis makan malam dan mengutip derma bagi memperingati Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad sebelum ini biasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi beliau telah berpindah ke Masjid India sejak empat bulan lalu.
Walaupun khutbah di Masjid India menggunakan bahasa Tamil, Pak Samad berkata ramai orang Melayu menunaikan solat itu dan beliau sudah mulai rasa mesra kerana menemui rakan baik di masjid itu.
Sokong Anwar
Sementara itu Pak Samad berpendapat tidak mustahil berlaku himpunan besar-besaran jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan berhubung kes liwat II.
"Kalau lihat dari hadirin umum yang datang (ke Mahkamah Putrajaya), memang ada yang rasa ketidakpuasan hati tentang kes ini.
"Jadi kalau ada apa-apa berlaku, misalnya hukuman yang tidak memihak kepada Anwar, tidak mustahil akan ada tunjuk perasaan yang besar-besaran di serata negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Pak Samad berkata beliau hadir ke mahkamah di Putrajaya dalam tempoh beberapa hari berturut-turut utnuk memberi sokongan kepada Anwar.
"Saya berada di situ memang untuk menyokong Anwar, sebagai seorang sasterawan negara saya mempercayai dia wajar disokong.
"Kalau anda lihat memang tidak ada sasterawan negara yang lain. Jadi saya memberi sokongan saya yang padu dan penuh,” katanya.
Majlis makan malam
Sementara itu, NGO Teoh Beng Hock Trust for Democracy akan mengadakan majlis makan malam untuk mengutip dana pada 5 Disember depan di Dewan Mutiara, Mutiara Complex, Jalan Ipoh bermula jam 7 malam
Pak Samad yang juga merupakan presiden Teoh Beng Hock Trust for Democracy berkata tujuan kutipan dana ini untuk membolehkan yayasannya membantu individu yang ditahan atau mati di lokap tahanan.
Katanya, kutipan dana ini juga bertujuan mengadakan pelbagai program pendidikan untuk menyedarkan masyarakat mengenai hak kemanusiaan dan demokrasi.
Beliau berkata, yayasannya akan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen dan ADUN untuk mendapat bantuan dermaan dan berharap dapat mengutip RM500 ribu dana dalam majlis itu.
Malaysiakini
Posted by indah.com
No comments:
Post a Comment