Pages

Thursday 27 November 2014

MOLPay tak dedah pembeli buku Zunar kepada polis...Identiti pembeli 'Selamat"

Jumaat, 28 November 2014
Gerbang pembayaran dalam talian - MOLPay Sdn Bhd - menjelaskan bahawa ia tidak mendedahkan maklumat mengenai pembeli buku kartunis Zunar kepada pihak polis.

Ketua pegawai eksekutifnya, Eng Sheng Guan berkata syarikat itu telah menjelaskan kepada Zunar bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada pihak polis setakat ini.

"Kami telah menjelaskan kepada Zunar mengenai perkara itu pada 26 November, bahawa selepas e-mel pertama kami bertarikh 17 November, pihak pengurusan MOLPay memutuskan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada PDRM," kata Eng kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, dilaporkan bahawa pihak polis telah meminta MOLPay, yang mengendalikan urus jualan dalam talian bagi buku Zunar, supaya mendedahkan senarai mereka yang telah membeli bukunya.

Buku berkenaan ialah "Komplot Penjarakan Anwar" yang didakwa polis mengandungi bahan berunsur hasutan.

Polis sedang menyiasat Zunar di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya.

- mkini

No comments:

Post a Comment