Pages

Tuesday 25 November 2014

NKRA Pendidikan - Pencapaian keseluruhan UPSR 2014 menurun...

Rabu, 26 November 2014

Pencapaian keseluruhan UPSR 2014 menurun

Pencapaian keseluruhan calon UPSR 2014 menurun 0.02 mata gred purata nasional (GNP), daripada 2.27 pada 2013 kepada 2.29 mata pada 2014, kata Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 katanya mendapat keputusan cemerlang semua gred A, mewakili 7.89% daripada keseluruhan calon.

“Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Lima kertas peperiksaan menunjukkan peningkatan prestasi, 6 penurunan, satu kekal seperti pada 2013.

Jumlah dapat keputusan cemerlang semua gred A pada USPR 2014 merosot berbanding 42,646 pada 2013, penurunan 1.26%.

Beliau berkata, kes kebocoran UPSR 2014 menunjukkan UPSR peperiksaan yang memberi impak besar kepada murid di akhir persekolahan sekolah rendah.

Semakan keputusan USPR 2014 boleh dibuat melalui SMS bermula jam 10 pagi ini dengan taipkan UPSR jarak ANGKAGILIRAN dan SMS ke 15888
~ BNBBC
Posted by Anak Sungai Derhaka 

No comments:

Post a Comment