Pages

Friday, 7 November 2014

Worrah! Persiapan Mega Perkahwinan TMJ...Rakyat Johor bolehlah berhimpun sepanjang 3 km!

Sabtu, 8 November 2014

FOTO Persiapan Mega Perkahwinan TMJ



 
Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut.

Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya.

" Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat dengan lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini, " katanya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Tunku Mahkota Johor merupakan putera sulung Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah.


Sumber BLM

No comments:

Post a Comment