Pages

Friday, 21 November 2014

'Rezeki Terpijak' Kerang naik ke darat di Marang & Dungun...

Sabtu, 22 November 2014

Fenomena Jutaan Kerang Naik Ke Darat Di Dungun



Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan, semalam.

Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.

Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke pantai.

Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.

"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu, semalam.

Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap mengumpulkan kira-kira lima kilogram.

"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.
BLM.

No comments:

Post a Comment