Ketua Pengarah JPJ ada 6 saman tertunggak
Buletin Pakatan Rakyat shared Komander 814's status.
AWAS!! NO PLAT KENDERAAN ANDA BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN MAUT...
Rasanya pembaca masih ingat lagi bagaimana kerajaan Umno/BN membuat undang-undang bodoh yang masih lagi diguna pakai di jalanraya, iaitu motosikal pasang lampu disiang hari diatas jalan raya..
Aku tak tau dimana berjayanya nyawa penunggang motosikal dapat diselamatkan dari kemalangan di jalanraya dengan memasang lampu motosikal...
Kini dua tiga ni sibuk pula dengan penguatkuasaan No Plet kenderaan, penggunaan tinted hitam di cermin dan lampu pula yang dikuatkuasakan.. Lu orang layan la apa yang Ketua Pengarah JPJ cakap..
Rakyat bawahan nyawa mereka tak bernilai, kesihatan mereka tak perlu dijaga seperti pemimpin atasan,,dalam suasana iklim di Malaysia yang mempunyai suhu kepanasan yang cukup tinggi, rakyat dihalang untuk berlindung dari kepanasan dalam kenderaan, apakah ini adil?...,
Lihat pula kisah bagaimana dengan nombor plet kenderaan ..
Kereta ni baru keluar dari showroom Perodua,,, baru beli belum koyak plastik lagi.. dah kena saman...
Tenok 200 kati kena "run" dengan EX5 sampai lebam kendian ada geng lapah dagingnya
Bangkai tapir dilapah
JERANTUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melapah tapir mati di Kampung Ulu Cheka, dekat sini.
Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff berkata, Perhilitan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pihak terbabit yang telah melapah tapir berkenaan yang dipercayai mati dilanggar sebuah motosikal EX5 kira-kira jam 3 pagi .
Menurutnya, tapir haiwan hampir pupus yang dilindungi dan masyarakat bertanggungjawab melindunginya untuk tatapan generasi masa depan.
"Kami kini menjejaki mereka dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716.
“Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang menemui haiwan dilindungi sepenuhnya dilarang mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian tanpa permit sebaliknya perlu menghubungi Perhilitan berdekatan untuk tindakan lanjut.
“Saya menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai perkara ini menghubungi pejabat Perhilitan berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kerjasama orang ramai sangat diperlukan dalam usaha memastikan binatang yang dilindungi terus hidup dalam habitat asalnya,” katanya.

SH.
No comments:
Post a Comment