Pages

Wednesday 19 November 2014

Kapal TLDM di guna cari MH370 - KD Perantau TAK SENGAJA selam...Scorpene TAK SELAM-SELAM?

Rabu, 19 November 2014

ONLY IN MALAYSIA...
Kapal Selam #Scorpene TAK SELAM-SELAM,
Tapi kapal biasa pula TAK SENGAJA selam 

TLDM: Kapal KD Perantau hampir tenggelam

SHAH ALAM - KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM. -SINAR HARIA
N
 (4 photos)

SHAH ALAM - KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.

"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.

Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.

"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. Sinar Harian
Tikaqbuluh

No comments:

Post a Comment