Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan 12.36 peratus berbanding bajet 2014.
Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet, antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalami potongan setinggi 35.35 peratus.
Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA berkembang kepada 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03 peratus.
Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM. Ini bermaksud, IPTA mengalami dua masalah, potongan bajet dan peningkatan mahasiswa.
Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk. Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15 peratus tetapi potong bajet 35.35 peratus, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5 peratus.
Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yuran pelajar naik 15.61 peratus, bajet dipotong 35.08 peratus akan mencapai defisit 50.7 peratus.
Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkhidmatan pembelajaran.
Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.
Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA.
Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18 hingga 20 peratus untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA.
Pihak universiti juga mungkin menaikkan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran dan fi perkhidmatan.
Dalam keadaan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.
Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D.
Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, jurnal sains dalam perpustakaan, lesen perisian komputer juga dijangka akan dikurangkan.
Geran R&D juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan Negara.
Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam ranking pendidikan tinggi sedunia juga akan jatuh lagi. Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian Higher Education Complaint and Advisory Panel (HEAP) oleh PKR.
Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87 peratus pada bulan Ogos oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015.
Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, ketua pengarah pendidikan tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof Datuk Dr Asma Ismail mengumumkan penambahan pengambilan pelajar seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September. Kami mendesak pihak MOE kembalikan bajet sebenar kepada IPTA.
Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03 peratus mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03 peratus atau lebih. Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.
Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan Negara untuk mencapai Negara maju. Kerajaan BN tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet. Kalau boleh melabur dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?
Dalam manifesto Pakatan, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan Negara. Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi.
Pakatan tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi rakyat Malaysia. Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Datuk Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya.
Maka saya memohon menteri respons dan beri jawapan kepada para mahasiswa. MKini
SIM TZE TZIN ahli Parlimen Bayan Baru.
No comments:
Post a Comment