Pages

Wednesday, 17 December 2014

'2015 Tahun Sengsara Rakyat' Nasi di kantin dah mahal...bawa bekal ye nak! Syukur Malaysia AMAN nak...

Rabu, 17 Disember 2014
Photo: Yeahhhh yeaahhh..

Tambang bas sekolah naik tahun depan!!! Jom ucap terima kasih BN..
Yeahhhh yeaahhh..
Tambang bas sekolah naik tahun depan!!! Jom ucap terima kasih BN...
BERITA GEMBIRA UNTUK IBU BAPA YANG ANAK-ANAK MASIH BERSEKOLAH .... TAMBANG BAHARU BAS SEKOLAH AKAN DIKENAKAN MULAI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN DEPAN.
Kalau merasakan tambang bas dikenakan terlalu tinggi dan diluar kemampuan .. suruh aje anak pergi sekolah dengan berjalan kaki ... kalau anak-anak tidak sanggup tidak perlu pergi sekolah duduk sahaja dirumah .. kalau masih lagi tidak puas hati membantah, pindah sahaja kenegara luar.

Sepatutnya berasa syukur sebab dengan kenaikkan tambang bas sekolah kira selari dengan naiknya taraf hidup rakyat dinegara ini ... jangan nak merungut dan mengeluh, sedangkan pendapatan seisi rumah kini sudah mencapai RM5,900 ... naik ciput pun dah nak bising .. belajarlah menjadi manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih... jangan kufur nikmat.

Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia,  Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.
"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah,  maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.

"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.
Amali menegaskan  pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti. "Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.

 "Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya. Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah. 

Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain. "Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya. Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu.

Posted by OMAK KAU!!

Lembah Kelang...

INILAH KELUHAN IBU DAN BAPA SETIAP HUJUNG TAHUN...

Sabah...

Ini harga baju sekolah satu persalinan. kalau 2 kasi drab ja dua . Ndak apa BRIM 600 ada utk satu tahun, syukur malaysia AMAN nak,
 — with Penduga Arus,

No comments:

Post a Comment