Pages

Monday, 15 December 2014

KARAM SINGH WALIA, ZAKIAH ANAS, AZIZAH ARIFFIN TINGGALKAN TV3...Sebab apa ye?

Selasa, 16 Disember 2014
Sebelum ini Bernama TV...dengar-dengar nak lingkup...hari ini Media Prima pula.

Tapi bukan sebab nak lingkup, cuma stesen Tv swasta itu mahu kurangkan jumlah pekerja. Sebab apa ye? Dengar-dengar cerita pendapatan yang diraih tidak memberangsangkan dan tidak selari dengan jumlah tenaga pekerja yang ramai.

Tanggal 15 Disember 2014, beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di stesen tv swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme).

Antaranya Karam Sing Walia, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi.

Seramai 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST), terlibat dengan skim itu.

Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.   

Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.

Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.

Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
  
Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.

Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.
- See more at: http://www.isuterkini.my/2014/12/karam-singh-walia-zakiah-anas-azizah.html#sthash.2xyqnbkj.dpuf

No comments:

Post a Comment