APA komen korang...???
" Apa Sudah Jadi Dengan Pian Cecupak. Gambar Terbaru Yang Bakal Mengundang Kritikan Ramai "
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita Pian cecupak yang melakukan pembedahan terhadap mukanya sehingga dikhabarkan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada dirinya.
Hari ini dilaman sosial gambar ini mula menjadi viral dan amat yakin gambar ini bakal mengundang kritikan daripada pengguna laman sosial.
Kalau atas dasar berlakon apa sudah habis sangatkah pelakon perempuan untuk dijadikan pengantin perempuan sehingga nak ambil lelaki menjadi pengantin perempuan.
Inilah akibatnya jika mahkamah memberikan hak kepada golongan lelaki transgender untuk memakai pakaian perempuan, admin tidak katakan Pian transgender cuma golongan ini dilihat sudah mempunyai lesen yang besar kerana kemenangan mereka di Mahkamah Civil yang membenarkan mereka memakai baju perempuan.
Tidak dapat dipastikan cerita sebenar disebalik gambar ini, adakah ini lakonan ataupun sekadar suka-suka. Pada admin haram tetap haram, secara jelas Al-Quran telah menyebut Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian menyerupai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Semoga Pian memperoleh hidayah daripada Allah.
tikaq buluh.
Foto Artis Malaysia Borong Arak Di Jepun?
Dari gambar ini dapat dilihat Sharnaaz Ahmad dan Hanez Zulaikha dengan troli masing-masing ketika berada di Okinawa, Jepun yang dikongsikan bersama peminat. Jelas sekali mereka ke sana untuk menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong yang memang tengah meletup sekarang ni. Namun dalam ramai-ramai tu, tentulah ada mata-mata yang peka dan istimewa dari orang lain.
Berikut adalah email yang dihantarkan kepada kami;
Assalamualaikum Oh! Media. Saya ingin bertanya mengenai satu gambar artis malaysia yang membeli-belah di Jepun dan kelihatan satu jelmaan beer di dalam troli tersebut. Beer tersebut amat terkenal di kalangan peminum beer di Jepun yang berjenama Asahi. Adakah beer itu kepunyaan artis tersebut atau...??"

Incase korang tak nampak, meh kami tolong zoom kan sikit.
Jika diamati botol tersebut, jelas sekali ianya adalah sejenis arak yang popular di Jepun bernama ASAHI seperti yang didakwa pengirim. Mungkin pengirim ni student Malaysia yang belajar di Jepun lah agaknya.
Pada kami, pelbagai kemungkinan di sini. Ada kemungkinan itu bukan pun troli mereka. Mungkin mereka tumpang bergambar sahaja. Keduanya mungkin itu troli milik mereka tapi beer tersebut mungkin salah seorang krew yang punya. Wallahualam.
Apapun amatlah bagus jika selebriti tersebut sendiri dapat memberikan sebarang maklumbalas bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran pengirim ini. Kami tak anggap ini tuduhan, tapi lebih kepada peminat ingin mengetahui sendiri jawapan daripada artis kesayangan mereka.
Dipetik dari - ohmedia
BLM.
BAWA ARAK DALAM TROLI, SHARNAAZ ELAK JAWAB SOALAN?
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.
"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?
"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.
"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?
"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.
No comments:
Post a Comment