Pages

Thursday, 18 December 2014

KRISIS MELANDA MIC semakin meruncing? 500 ahlinya berdemo...desak presiden letak jawatan!

Khamis, 18 Disember 2014



KRISIS MELANDA MIC SEMAKIN MERUNCING DAN KRITIKAL ... LEBIH 500 AHLINYA MENGADAKAN DEMOSTRASI DI PEKARANGAN IBU PEJABAT MIC DESAK PRESIDENNYA LETAK JAWATAN.

Krisis yang melanda MIC semakin meruncing apabila kira-kira 500 ahlinya yang diketuai bekas Ketua Pemuda MIC Datuk T.Mohan mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini.

Kesemua mereka yang berkumpul sejak pukul 12.30 tengah hari mendesak Presiden, Datuk Seri G. Palanivel untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula kepemimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dijalankan segera.

Berlaku kekecuhan apabila terjadi pergelutan, tolak menolak dan ejek mengejek antara penyokong T.Mohan dengan pendokong Presiden MIC, G.Palanivel. 

Kehadiran Pasukan Simpanan Polis (FRU) berjaya mengawal kejadian bertambah buruk. 

Kehadiran mereka juga bertujuan menghalang perjalanan Mesyuarat CEC yang dijadual pukul dua petang ini selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu memaklumkan barisan CEC tidak sah dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Posted by OMAK KAU

No comments:

Post a Comment