Pages

Friday, 26 December 2014

Najib mahu elak jadi PM Umno terakhir? Balikla mu Awang...Untuk tatapan rakyat jelata...

Jumaat, 26 Disember 2014


Untuk tatapan rakyat jelata...
Sesungguhnya mereka ini hanya 'manusia biasa'. Berilah peluang utk mereka ini berehat setelah selama setahun berhempas pulas perah otak utk 'bangunkan' ekonomi negara & menambahkan hutang2 negara...
Kami rakyat manusia biasa terpaksa bersabar dgn kerenah PM & menteri2 'kabinet dapur' Najib..


MALAYSIA BOLEH !!!.. PM 'manusia biasa' beragama Islam boleh plok bercuti main golf ke Hawaii ketika negara dilanda bencana banjir besar..

Tetapi lain pula PM yg bukan beragama Islam sanggup batalkan lawatan luar negara ketika negara mereka dilanda banjir...

#PulanglahNajib #Pray4PantaiTimur

Najib Akhirnya Pulang Juga Hari Ini


Najib mahu elak jadi PM terakhir...
KUALA LUMPUR

Pemimpin-pemimpin yang rakus dengan kuasa dan korap insaflah....


AYAT 41 Surah Ar-Rum (30:41) yang bermaksud: 

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”


PUISI "RAYUAN KHAS" DARI NGANUKITE BUAT PM 1 MALAYSIA (DIALEK NGANU)

Baca puisi ini nak nangis ada, nak senyum pun ada

Hashim Bin Saidin
Sajak mengiringi kepulangan Najib ke tanah air; 

Balikla mu Awang
Boh besor mari doh starang
Ombok gelore siang malang
Pohon nyior tepi pata tunggang langang

Rima diZu Kemang dok leh wi makang
Motosikal ada atah bumbong ada ikat tiang.

Balikla mu Awang
Sapa ati mung gi joli org tgh gini
Aku rase mung dok ikut angat kebini
Bini mung mmg mek dok ingat diri
Wi sesupek dia nok seguni

Balikla mung Awang
Mari gok ita tengok org ghudung ghadang
Khuba PokLeh hanyut abih sekandang
Rumah iye hanyut sapa tinggal tiang
Lari 4 cucu tingga selai sepinggang.
Itek ayang Iya mati abih doh iye dogwi makang

Balik la derah Awang
Dogsapa hati ambe tgk MatYeh
Gi mari gi mari mcm luga sireh
Jerit macang buda2 kata pedih pedih
Berok dia(Robert) mati lemah dok sapa hati nok kelih.

Baliklah Awang
Mende dograjing tgk pun pelik kejadiang
Bangsal khepok MekNab habis ombak telang
Nangis MekNab doksah kate la
Sapa dokberlagu berjela jela
Guane la ambe no kherje ambe dog reti
Bangsal hanyut kherpok abis sepeti
Sayu dengor ambe nangis dalang hati

Balikla Awang
Mung wak menda kat hawawii negeri orang
Dengar kate minung kopi late bercawang2
Org sini tanya ambe Dimanakah Awang
Nok jawab guane ambe dok tahu starang.

SASTRAWANG BANJIR
DARI KEMAMANG

Siapa karyawan puisi ini? Tanyalah mamat Hashim Bin Saidin
Posted by 

No comments:

Post a Comment