Pages

Monday, 8 December 2014

[Video] Penyokong Malaysia belasah penyokong Vietnam...Pencetus insiden bola sepak.. this all IJF?

Isnin, 8 Disember 2014

Orang kata bodoh marah. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Kerana kebodohan beberapa orang penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam habis rosak nama penyokong Malaysia.

Sekarang kepada mana-mana individu yang rasa hebat sangat semalam. Boleh pergi ke Vietnam untuk perlawanan kedua kalau rasa badan tu dah cukup kuat, jangan lupa tinggal wasiat siap-siap.

Benar ke tidak benar berita yang disiarkan akhbar Vietnam ini sudah pasti akan membuat penyokong Malaysia yang akan ke Vietnam berfikir dua kali. Semuanya kerana perangai bodoh manusia yang tidak mempunyai otak.

tikaq buluh.





TERKINI: DALANG SAMSENG BOLASEPAK DIDEDAH?

Pencetus masalah dlm bola sepak.. this all I.J.F..




Ini Luahan IJF - Mulai Hari Ini IJF Dibubarkan Kerana Akur Dengan Titah TMJ.


Habis rosak nama negara. Lepas tue bubarkan organisasi sendiri selepas tak dapat nak menanggung beban kerosakkan yang telah berlaku. Menggunakan alasan akur dengan titah TMJ mungkin sekadar alasan nak menutup kesalahan dan kelemahan organisasi sendiri.

Itu kot yang orang akan fikirkan.
Aku taknak fikir apa2 dulu.

Just nak SHARE kan luahan dorang.

Baca dan fikir la ikut macam mana yang korang nak fikir. Bagi aku. Aku tetap nak tunggu hasil siasatan rasmi PDRM, FAM dan KBS dalam insiden berkenaan.



Akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.
rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.

mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.

apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..

p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.

Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm
!
Kedahkini.

No comments:

Post a Comment