Pages

Sunday, 7 December 2014

RINGGIT JATUH! Dibebankan kepada rakyat jua...Siapa nak tanggung HUTANG NEGARA 700 billion?

Ahad, 7 Disember 2014
Turun naik mata wang beri kesan kepada ekonomi - Abdul Wahid 

KUALA LUMPUR - Pergerakan turun naik mata wang yang tidak begitu mendadak masih menunjukkan kesan seimbang kepada ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.    

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, perkara itu dipacu oleh asas ekonomi negara yang kukuh, menerusi lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran, iaitu sebanyak RM41 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM37 bilion pada 2013.    

Selain itu, struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi semata-mata, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Cuti Sekolah Peneraju Tunas Geliga anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu) di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, di sini, hari ini.    

"Kalau dulu kita banyak bergantung kepada kegiatan pertanian, komoditi serta minyak dan gas, tapi kini ia telah dipelbagaikan, di mana sekarang ini struktur ekonomi kita 55 peratus disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, 25 peratus sektor pembuatan dan perkilangan, tujuh peratus oleh sektor perlombongan dan lapan peratus oleh sektor pertanian," katanya.

Menurutnya, memandangkan negara tidak lagi bergantung kepada sektor komoditi, sekiranya terdapat pengurangan mendadak, impaknya tidaklah terlalu teruk kerana ekonomi negara sudah dipelbagai.    

Mengambil contoh krisis ekonomi global pada 2007, Abdul Wahid berkata, Malaysia mampu menghadapi cabaran itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh dan melebar sejak empat dekad lalu.   

 "Memang dari semasa ke semasa akan terdapat faktor luaran yang bakal mempengaruhi pergerakan harga komoditi dan pergerakan mata wang tetapi yang penting sekiranya asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara kukuh, kita mampu melalui perkara ini", katanya.
Ulasan: 

Tanpa Nama7 Disember 2014 6:57 PTG Pada sy perkiraan yg paling mudah... jika nilai ringgit turun... secara langsung hutang luar negara meningkat... kalau dulu hutang 700 billion... dgn penurunan ringgit sbyk 10% sudah pazti hutang juga bertambah kepada 770 billion... siapa nak tanggung yg 70 billion tu.... kerajaan bn ke? Akhirnya terpaksa bebankan kpd rakyat jua.... makin miskinlah rakyat semua....

Bernama Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment