Pages

Tuesday, 2 December 2014

Sistem Pengangkutan - London mahu contohi kita? Aku syak dah...

Selasa, 2 Disember 2014
Photo: Aku syak menteri pengankutan.London kalau tak gila.. kena estacy... tak pon kena ketom..
Aku syak menteri pengankutan.London kalau tak gila.. kena estacy... tak pon kena ketom...










Seksanya memandu di Kuala Lumpur


Beginilah keadaan yang berlaku apabila pengguna terpaksa berebut-rebut ingin cepat ke tempat kerja dalam keadaan lalu lintas sesak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang.
KUALA LUMPUR sesak, sesak dan sesak. Sampai bila? Itulah persoalan yang sentiasa diajukan bukan sahaja oleh warga kota, malah sesiapa sahaja yang sering berurusan ke Kuala Lumpur.
Sememangnya fenomena ini termasuk kesesakan teruk sehingga kenderaan tidak bergerak di beberapa lokasi di ibu negara bukannya isu baharu. Ia sentiasa dibincang, dibahas, dicari penyelesaian dan dilaksanakan pelbagai tindakan oleh pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tetapi penyelesaian demi penyelesaian untuk menangani masalah kesesakan di Kuala Lumpur tidak pernah berhasil dan tidak pernah tuntas.
Setiap hari bekerja dari 6.30 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam di jalan-jalan utama sesak teruk, sehinggakan tercipta istilah melekat ‘bumper ke bumper’ iaitu gambaran bahawa trafik langsung tidak bergerak dalam tempoh itu. Selepas itu baru kenderaan bergerak, itu pun kelajuan 30-50 kilometer sejam (km/j).
Bahagian Pertama laporan khas Kuala Lumpur Sesak, Sampai Bila? ini memaparkan kepada pembaca mengenai situasi di atas jalan-jalan utama pada setiap hari bekerja. Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. AZRAIE MD. YUSOF dan SITI ROHAIZAH ZAINAL serta jurugambar MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR selama dua minggu melakukan tinjauan, pengamatan dan penyiasatan bagi mengenal pasti lokasi sesak, punca dan cadangan mengelakkan lokasi tersebut.
KEADAAN sesak di Jalan Damansara/Lebuh Raya Mahameru di kedua-dua arah.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment