Pages

Wednesday, 3 December 2014

[Video] Adakah PM (sendiri) dan Kadir Jasin juga dianggap sebagai blogger yang 'bangang'?"

Khamis, 4 Disember 2014

Najib Ditanya Sipa Blogger Bangang Tu?



PAS hari ini mahu tahu jika tokoh wartawan negara, Abdul Kadir Jasin dimaksudkan perdana menteri sebagai penulis blog “bangang” yang menyerang Najib?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengajukan persoalan itu sewaktu mengulas teguran Datuk Seri Najib Razak terhadap penulis-penulis blog pro-Umno yang mengkritik Umno.

Najib berkata tiada istilah “tembakan mesra” dan penulis blog yang digajikan Umno seharusnya sedar siapa majikan mereka dan jangan terus bersikap “bangang”.

Mahfuz secara sinis mahu tahu jika Najib yang turut memiliki blognya sendiri termasuk dalam kategori penulis blog itu.

"Adakah perdana menteri (sendiri) dan Kadir Jasin juga dianggap sebagai blogger yang 'bangang'?" kata Mahfuz pada sidang media hari ini.

Kadir Jasin merupakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times dan kini menulis di blognya tentang politik dalaman Umno.

Tulisannya mengandungi pandangannya tentang pentadbiran negara dan ada ketikanya turut mengandungi beberapa kritikan dan teguran terhadap pentadbiran.

Menurut Mahfuz, Najib kini perlu mendedahkan jumlah penulis blog yang diupah oleh Umno.

"Jadi saya minta Umno jelaskan berapa ramaiblogger Umno yang cari makan dengan Umno?

"Berapa pembayaran yang telah dibuat oleh Umno dan berapa jumlah blogger Umno yang cari makan? Dan berapa blogger Umno yang dianggap 'bangang'?
- mkini

BLM.

No comments:

Post a Comment