Pages

Saturday, 13 December 2014

[Video] UMNO jangan berlagak SAMSENG! Orang Melayu tidak perlu UMNO...sebaliknya UMNOlah memerlukan orang Melayu

Ahad, 14 Disember 2014


UMNO Parti Samseng Ajak Orang Bergaduh

Ahli Parlimen DAP-Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa UMNO hanya sebuah parti politik samseng yang mengajak orang bergaduh dan menyalahkan bangsa lain.

Katanya, sikap sedemikian itu dipertontonkan kerana mahu menutup pembohongan bahawa negara Malaysia dan bangsa Melayu akan hancur jika UMNO tidak berkuasa.

Beliau berkata, “meletakkan kuasa terus di tangan UMNO tidak menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin kerana parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja. Yang akhir ini (projek besar) bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pun berkata demikian.”

”Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, sebaliknya UMNO memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita, berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai nya?,” ujarnya.

Dalam entri terbaru blognya, sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff Sabri yang juga ahli UMNO sehingga 2012 menyatakan, masalah pada UMNO pada hari ini adalah soal kepimpinan, wawasan, komitmen dan dedikasi kepimpinan.

Beliau berkata, orang Melayu akan terus hidup sekali pun UMNO tidak berkuasa dan tidak sepatutnya mendedahkan diri kepada ugutan oleh parti itu.

Bekas ADUN Pulau Manis semasa menjadi ahli UMNO ini memberitahu, benih-benih fasisme kini sudah meresap dalam bekas partinya sambil menyeru ”Kita jangan biarkan kerajaan menjadi kerajaan yang menekan dan menzalimi rakyat.”

”Itu pasal kenapa kita mesti ada institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti supaya menjaga rakyat tidak dibuli oleh kerajaan. Itu sebab kita ada NGO2 yang menjaga supaya rakyat jangan dizalimi dan dikasari.

”Saya tidak fikir orang Cina akan menjadi PM di masa hadapan kecuali akan berlaku pertumpahan darah dan amukan dari orang Melayu. Orang Cina ini pragmatik- mereka bukan bangang nak tuntut jadi PM atau TPM. Mereka mahukan negara aman damai di dalamnya mereka boleh hidup senang dan buat duit banyak-banyak,” tulisnya.

ULASAN GB

Lebih tepat untuk dikatakan UMNO sebuah parti samseng.

Anehnya tindakan ahli-ahli mereka sering terlepas dengan tindakan polis,

Rakyat Malaysia tahu mengapa sebabnya.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak dan dipadamkan.
Posted By Green Boc

No comments:

Post a Comment