Pages

Saturday, 24 January 2015

Baraiii! Sistem KPP Lesen Memandu (sistem baru) dimansuhkan serta-merta! Balik sistem lama... Nak tunjuk prihatin lah tu!

Sabtu, 24 Januari 2015

Sistem KPP Lesen Memandu dimansuhkan serta-merta

Sistem lama pengambilan lesen memandu kereta dan motosikal berkuat kuasa serta-merta, di mana orang ramai hanya perlu menduduki satu peperiksaan, berbanding dua peperiksaan ketika ini.

MUAR, 23 Januari:  Sistem lama pengambilan lesen memandu kereta dan motosikal akan dikembalikan, berkuat kuasa serta-merta, dengan hanya memerlukan satu peperiksaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia akan menggantikan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diperkenalkan tahun lalu, di mana orang ramai perlu menjalani dua peperiksaan.

“Perubahan itu dilakukan, selepas kerajaan menerima banyak rungutan daripada orang ramai. Kerajaan prihatin dengan masalah dihadapi rakyat dan mengembalikan sistem lama.

“Ia bukan saja memudahkan orang ramai, malah menjimatkan perbelanjaan,” katanya ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, hari ini.
Sumber : therakyatpost.com POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

No comments:

Post a Comment