Pages

Sunday, 25 January 2015

DAP & PAS - Hentikan serang menyerang, rakyat sudah muak...

Isnin, 26 Januari 2015

Hentikan serang menyerang, rakyat sudah muak, kata naib presiden PAS

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihakdalam Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka. 

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihakdalam Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang.

Ingatan ini diberikan beliau ketika PAS dan DAP terlibat dalam serang menyerang yang teruk termasuk presiden parti Islam itu sendiri yang menempelak DAP dalam isu kerajaan tempatan.

Tuan Ibrahim mengajak semua pihak mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka.

"Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka?

"Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?" katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang.

Baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.

Hadi mendakwa jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. 

Prinsip perjuangan polisi dan dasar itulah yang menjadi nadi untuk setiap parti terus berjalan dan terus maju.

"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya.

Bagi beliau, apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka ruang persamaan akan mengecil. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.

"Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.

"Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," katanya.

Sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya.


Namun hakikatnya, kata Tuan Ibrahim,m semua pihak sayangkan gabungan PR, dan rakyat pernah menaruh harapan besar terhadap gabungan politik ini.

Oleh itu, katanya PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.

Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat,  isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus, katanya.

"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya. – 26 Januari, 2015.

/www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-serang-menyerang-rakyat.

No comments:

Post a Comment