Pages

Sunday, 25 January 2015

Hairan? Bagaimana teruk pun BN, ia terus berkuasa!...'Ibu segala kehairanan'!...

Isnin, 26 Januari 2015
Hairan ke!
Malaysia ‘Darul Hairan’
Oleh Zulkifli Yahaya
KONTROVERSI 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan dakwaan hutang sebanyak RM41.9 juta serta lain-lain pertikaian, bukan perkara kecil. Seperti biasa, jika isu seperti ini berlaku di negara selain Malaysia maka ketua kerajaannya sudah meletakkan jawatan.

Di Malaysia, perdana menterinya boleh bergelak ketawa bermain golf dengan presiden Amerika Syarikat seolah-olah tiada apa berlaku.

‘Wanita pertama’ pula boleh bebas melancong sambil membeli belah di mana jua. Dunia hairan bagaimana banyak kontroversi besar melibatkan kewangan yang banyak boleh berlaku dengan “selesa” di Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan kerajaan yang memerintah.


Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap kes 1MDB tiba-tiba mendapati rumahnya dilelong tanpa notis dan penyitaan terlebih dahulu.
Memang orang yang tak bayar hutang atau jadi penjamin terhadap hutang tidak berbayar akan terima tindakan hartanya dilelong. Tapi dakwa Khairudin, lelong dibuat dahulu sebelum beliau terima notis. Itu yang menghairankan.

Jika Khairuddin tidak buat laporan polis, adalah rumahnya akan dilelong sepantas itu?

Sebenarnya banyak lagi senarai keanehan yang terdapat di negara Malaysia yang satu ini. Di Malaysia seorang yang sedang menanti hukuman mati boleh bebas keluar negara secara sah. Bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan pasport untuknya? 

Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah hairan bagaimana hal ini boleh berlaku. “Saya hairan kenapa dia boleh keluar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar,” ujar Muhammad Shafee. Sementara ramai pula di kalangan rakyat Malaysia yang hairan mengapa peguam kanan itu hairan. Sepatutnya dia tidak hairan kerana Malaysia serba boleh.

Tiba-tiba kerajaan Australia pula menegaskan tidak membenar kan pembunuh Altantuya dibawa pulang kerana dasar negaranya yang membantah hukuman mati. Macam ada konspirasi dari awal untuk membawa orang yang bakal dijatuhi hukuman mati ke negara selamat. Hairan, siapa yang mengatur ini semua?

Di samping hairan mengapa penunggu hukuman bunuh boleh bebas keluar negara, ramai yang hairan mengapa bekas pelajar yang tidak lunaskan hutang PTPTN tidak dibenar keluar negara.

Rakyat Malaysia yang tidak bayar cukai pendapatan juga antara yang tidak bebas untuk keluar negara. Pembunuh bebas berjalan seantero dunia, manakala penghutang pula dilayan macam pembunuh.

Hairan.
Rakyat baru saja hairan dan tertanya- tanya, siapakah dia penumpang misteri yang menggunakan pesawat negara 9M-NAA mengelilingi dunia penghujung tahun lalu hingga awal tahun ini. Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut direkod menggunakan laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York – Dubai – Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat khas milik negara itu hanya digunakan untuk pengangkutan khas Yang di- Pertuan Agong dan perdana menteri.

Hairannya, hanya laluan ke Honolulu disertai Najib. Selebihnya tanpa Najib. Sehingga kini kerajaan masih takut untuk mendedahkan siapakah penumpang misteri yang menghairankan itu dan membazirkan kira-kira setengah juta ringgit wang negara.

Baru-baru ini tercetus kontroversi beberapa gadis Melayu naik ke pentas, lalu dipeluk artis lelaki K-pop. Teruklah gadis-gadis remaja tersebut menjadi mangsa cercaan rakyat Malaysia. Ibu bapa mereka juga jadi mangsa. 

Hairannya penganjur persembahan tersebut tidaklah pula dibantai teruk macam nasib gadis remaja tersebut. Sepatutnya yang teruk dihentam ialah pihak kerajaan yang menggalak dan membenarkan K-pop. Merekalah yang mula membawa masuk K-pop dari Korea untuk dihidangkan pada para remaja guna bajet Kementerian Belia dan Sukan.

Semua tahu Najib pernah turut sepentas bersama gadis-gadis gedik tidak cukup kain itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Remaja bertudung peminat K-pop itu kini jadi buruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau dipenjara enam bulan. Hukuman seperti itu memang patut sebagai langkah pencegahan supaya umat Islam dapat menjaga maruah. Yang jadi kehairanannya mengapa mereka saja diburu pihak berkuasa agama?

Sewaktu isteri perdana menteri, Rosmah Mansor peluk pemain badminton Lee Chong Wei sampai kelihatan separuh lemas, mengapa Jawi hanya mendiamkan diri?

Pelakon-pelakon yang berpelukan dalam adegan filem, antara berlainan jantina sedangkan, mereka bukan mahram tetap haram hukumnya.
Mengapa pihak berkuasa agama tidak bertindak? 

Hairan.
Ada dua set penguatkuasaan undang-undang bagi pihak berkuasa agama rupanya. Ramai hairan dan tertanya-tanya apa halnya tiba-tiba Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Weng San. Phua dan anaknya Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan berkaitan perjudian.

Dia disyaki terbabit dengan kegiatan kongsi gelap 14K. Kononnya surat Zahid tersebut adalah pembelaan terhadap Phua untuk mengesahkan bahawa kongsi gelap 14K tidak wujud di Malaysia.

Sepatutnya biarlah FBI lakukan siasatan. Hairan mengapa Zahid pula yang menyibuk. Jika ia satu dokumen pembelaan, apa hubungan dan kepentingan antara Zahid dan Phua? 

Hairan.
Tahun lalu harga minyak dunia naik mendadak. Malaysia menaikkan harga minyak kononnya kenaikan itu tidak dapat dielakkan, faktor harga minyak dunia. Maka berbondong-bondonglah peniaga menaikkan harga barang. Kerajaan tidak dapat mengawal, hanya melihat dengan mata putih. Bahkan kerajaan pun turut menaikkan harga gula serta beberapa barangan kawalan yang lain.

Sekarang harga minyak dunia jatuh teruk. Kerajaan Malaysia terus ambil kesempatan menghapuskan subsidi di saat kejatuhan harga minyak. Tanpa subsidi pun minyak masih murah dari sebelumnya.

Hairannya mengapa harga barang dan perkhidmatan tidak turun, termasuk harga barang dalam senarai kawalan kerajaan.

Hairan mengapa kerajaan lemah sangat mengawal harga barang?
Di tengah-tengah banyak peristiwa hairan itu, ada satu perkara yang jadi puncak segala kehairanan.

Terlalu banyak kebejatan yang berlaku dalam negara. Penyelewengan, pemborosan, ketirisan dan penindasan terhadap rakyat berlaku sejak sekian lama di bawah kerajaan BN. 

Ramai kalangan rakyat yang marah terhadap BN. Namun bila datang pilihanraya; dengan hanya bantuan BR1M yang sekelumit dan sedikit janji untuk membeli undi, sebahagian besar orang Melayu boleh khayal dengan “dadah” pemberian BN itu lalu terus memangkah dacing. Bagaimana teruk pun BN, ia terus berkuasa. Itu adalah ibu segala kehairanan.

Detikdaily

No comments:

Post a Comment