Pages

Monday, 26 January 2015

Isu 'Gagal Mengawal Pembalakan'? - Kelantan dihormati sewaktu era gandingan TGNA dan Husam Musa...

Isnin, 26 Januari 2015

Gagal mengawal pembalakan di Kelantan?
Kelantan hebat dan dihormati sewaktu era gandingan  mereka berdua - TGNA dan Husam Musa

Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.Baca seterusnya  di sini
Tetapi mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).
 Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

 Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja. 
Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut. Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak beberapa syarikat yang ingin membalak. Husan lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib diganti pada hujung 1990an dahulu.

Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju. Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini. MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak. Baca sepenuhnya di sini
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn



No comments:

Post a Comment