Kenapa harga barang lambat turun walaupun harga minyak sudah turun? Kerana harga minyak kepada pengilang/industri bukannya turun, malah makin NAIK.Najib Razak kenakan cukai jualan pula ke atas petrol dan diesel. Kalau harga minyak kepada pengilang/industri betul-betul turun, Insya Allah harga barang akan turun. Sebarkan!
HARGA MINYAK NAIK BAGI INDUSTRI DAN SEKTOR KOMERSIL KERANA CUKAI JUALAN YANG DIKENAKAN
Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak telah turun. Soalan-soalan ini adalah ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun.
Satu fakta yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah telah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil.
Bagi pengilang dan pengusaha komersil yang menggunakan diesel dan petrol dalam kuantiti yang banyak, mereka tidak dibenarkan membeli dari pam minyak seperti orang ramai. Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki dari pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.
Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain. Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain.
Saya mengesahkan bahawa harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini telah dinaikkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/ 21-1Vol.58(38) telah dibocorkan kepada saya minggu lepas. Saya telah berjanji untuk melindungi pemberi maklumat itu dengan tidak menyiarkan pekeliling terbabit tetapi maklumat nombor rujukan cukup untuk pihak media bertanyakan kepada Kementerian Kewangan.
Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/ 21-1Vol.58(38) itu memaklumkan syarikat-syarikat minyak peraturan berikut:
1. Kerajaan akan mengenakan cukai jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari 2015. Cukai ini dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan (iaitu harga yang dibayar orang ramai).
2. Cukai jualan yang ditetapkan adalah diesel (40sen setiap liter), RON95 (58.62sen setiap liter), RON97 (58.62sen setiap liter) dan diesel B5 (40sen setiap liter).
3. Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan. Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel (9.4sen setiap liter), RON95 (22.72sen setiap liter), RON97 (6.08sen setiap liter) dan diesel B5 (12.89sen setiap liter).
4. Cukai jualan yang dikenakan (selepas diskaun) kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 adalah diesel (30.6sen setiap liter), RON95 (35.9sen setiap liter), RON97 (52.54sen setiap liter) dan diesel B5 (27.11sen setiap liter).
Rakyat perlu tahu bahawa sebenarnya pengilang dan industri lojistik yang tertakluk di bawah kategori industri dan komersil tidak menikmati penurunan harga minyak, sebaliknya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.
Oleh kerana cukai jualan yang dikenakan, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel). Ini bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol/diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan.
Saya memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini (termasuk system penetapan harga yang memangsakan pengusaha stesen minyak, syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli) kerana ia menjadi penghalang untuk menurunkan harga barang.
Pentadbiran Dato’ Seri Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan. Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku.
Untuk berlaku adil kepada semua, segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat atau peniaga/pengilang perlu dihentikan serta merta agar kejatuhan harga minyak betul-betul boleh diterjemahkan menjadi penurunan kos di setiap peringkat rantaian nilai iaitu dari pengilang hinggalah kepada pengguna.
Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Dato’ Seri Najib Tun Razak ini.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
22 Januari 2015
HARGA MINYAK NAIK BAGI INDUSTRI DAN SEKTOR KOMERSIL KERANA CUKAI JUALAN YANG DIKENAKAN
Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak telah turun. Soalan-soalan ini adalah ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun.
Satu fakta yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah telah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil.
Bagi pengilang dan pengusaha komersil yang menggunakan diesel dan petrol dalam kuantiti yang banyak, mereka tidak dibenarkan membeli dari pam minyak seperti orang ramai. Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki dari pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.
Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain. Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain.
Saya mengesahkan bahawa harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini telah dinaikkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/
Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/
1. Kerajaan akan mengenakan cukai jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari 2015. Cukai ini dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan (iaitu harga yang dibayar orang ramai).
2. Cukai jualan yang ditetapkan adalah diesel (40sen setiap liter), RON95 (58.62sen setiap liter), RON97 (58.62sen setiap liter) dan diesel B5 (40sen setiap liter).
3. Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan. Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel (9.4sen setiap liter), RON95 (22.72sen setiap liter), RON97 (6.08sen setiap liter) dan diesel B5 (12.89sen setiap liter).
4. Cukai jualan yang dikenakan (selepas diskaun) kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 adalah diesel (30.6sen setiap liter), RON95 (35.9sen setiap liter), RON97 (52.54sen setiap liter) dan diesel B5 (27.11sen setiap liter).
Rakyat perlu tahu bahawa sebenarnya pengilang dan industri lojistik yang tertakluk di bawah kategori industri dan komersil tidak menikmati penurunan harga minyak, sebaliknya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.
Oleh kerana cukai jualan yang dikenakan, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel). Ini bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol/diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan.
Saya memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini (termasuk system penetapan harga yang memangsakan pengusaha stesen minyak, syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli) kerana ia menjadi penghalang untuk menurunkan harga barang.
Pentadbiran Dato’ Seri Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan. Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku.
Untuk berlaku adil kepada semua, segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat atau peniaga/pengilang perlu dihentikan serta merta agar kejatuhan harga minyak betul-betul boleh diterjemahkan menjadi penurunan kos di setiap peringkat rantaian nilai iaitu dari pengilang hinggalah kepada pengguna.
Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Dato’ Seri Najib Tun Razak ini.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
22 Januari 2015
No comments:
Post a Comment