PENAT SANGAT? KESIAN
‘BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.
Nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri di Pantai Timur, Perak, Johor dan Sabah amatlah menyayat hati.
Mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda dan paling memilukan ada yang kehilangan insan tersayang.
Lebih simpati, ada mangsa terpaksa tidur di kediaman mereka dalam keadaan paras banjir yang cukup tinggi.
Gambar mangsa banjir ini menarik perhatian kami apabila ianya dikongsi hingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.
Gelagat pak cik ini yang nyenyak tidur dalam keadaan banjir, mengundang simpati ramai yang melihatnya.
Meskipun ada yang berpendapat ianya boleh mendatangkan bahaya dan sebagainya namun jika difikir dari sudut positif, mungkin pak cik ini terlalu penat hingga menyebabkannya tertidur dalam keadaan tersebut.
Rata-rata penguna Facebook, meluahkan simpati sekaligus mendoakan agar situasi segera pulih seperti biasa.
Buat kesemua mangsa banjir, moga terus tabah dalam mengharungi detik-detik getir ini.
INI PULAK KISAH LAIN DIBAWAH........
Picture of the day: selepas seminggu jadi sukarelawan meredah sungai dan jurang, berjaga malam dan siang...
Akhirnya collapse imam kita yg tersayang.
Hehehehe...
Kedahkini
Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?
shahbudindotcom
Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.
Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.
Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.
Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.
Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya.
Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian yang tergendala sebelum ini?
Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?
Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jika dimaklumkan, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya.
Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.
Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.
Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.
Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.
Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?
Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri sendiri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.
Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?
Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu?
Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan" berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri.
No comments:
Post a Comment