Pages

Sunday, 4 January 2015

Nak 'shopping' itu hak engko! Tapi jangan guna jet kerajaan...Gambar Rosmah Mansur Di Bangkok

Isnin, 5 Januari 2015

Gambar Rosmah Mansur Di Bangkok Viral Di Laman Sosial.

Ia mula-mula tersebar di laman twitter. Pemegang account twitter yang dikenali sebagai Adrian adalah individu terawal yang mendapat gambar 'Rosmah di kesan berada di Bangkok'.

Adrian memaklumkan kelibat Rosmah Mansur dikesan berada di Central Childom Mall, Bangkok, pada jam 8 malam waktu tempatan.

Gambar itu kemudiannya di retweet sebanyak 228 kali (ketika ini) selain dicopy-share oleh pengguna2 media sosial yang lain, yang mana kesemua dari mereka ialah rata2nya pro kepada pembangkang bagi menguatkan sangkaan dan dakwaan mereka bahawa Rosmah Mansur memang berada di Bangkok dan dia dipercayai tiba di Bangkok dengan menggunakan pesawat 9M-NAA yang hilang selama hampir 2 minggu.

Untuk rekod, Najib juga dikhabarkan mengadakan lawatan kerja di Bangkok. Cuma apa yang pelik pada lawatan kerja Najib kali ini ialah ;

- Tiba2 ke Bangkok dan berpadanan pula dengan ketibaan pesawat rasmi negara 9M-NAA yang memutuskan untuk mendarat di Bangkok berbanding KLIA.

- Pemergian secara senyap dan secara mendadak. Tanpa gambar dan hebahan seperti selalu. Apa yang ada hanyalah kemaskini di laman twitter sebagai bukti bahawa Najib ke Bangkok atas tugas rasmi.


- Tiada aktiviti direkodkan sepanjang Najib berada di Bangkok. 


- Dan selepas 2 hari, Najib pulang ke Malaysia.

Dan apa yang Adrian sebut di bawah neh aku setuju sangat.


Najib perlu jawab. Ya atau tidak pesawat rasmi negara digunakan oleh Rosmah Mansur atas tujuan peribadi (percutian) dan kenapa ia berlaku serta berapa banyak wang pembayar cukai dikeluarkan bagi menanggung kos operasi pesawat tersebut selama hampir 2 minggu?

Rakyat macam aku ramai yang nak tahu. Sementara kami ada mood nak tanya elok2, kau kena jawab la Najib woi.


Satgi kami mengamuk kau juga yang rugi.

Ameno World

No comments:

Post a Comment