Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja
Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja : Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut. Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.
Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?
Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
- Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
- Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
- Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah “hilang” sebanyak RM73.08 bilion.
P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.
KONGSIKAN & SEBARKAN...
No comments:
Post a Comment