Pages

Tuesday, 27 January 2015

Umno pun berperang jugak? Daim & Mahathir VS Najib Razak!

Selasa, 27 Januari 2015

Video Seks Tun Daim Keluar? Skandal Rasuah Tun Daim Popular di TV3? Daim & Mahathir VS Najib Razak!

daim
Video Seks Tun Daim Keluar? Skandal Rasuah Tun Daim Tun Daim Popular di TV3? Daim & Mahathir VS Najib Razak! : Tiba-tiba Tun Daim Zainuddin diberikan laporan yang cukup meluas di slot berita media arus perdana milik Media Prima? Ini sudah terbalik?
Siapa yang sedia maklum dengan asam gram dan sepak terajang politik di Malaysia pasti akan faham mengapa dan kenapa secara tiba-tiba tokoh vetaran UMNO yang juga merupakan tokoh yang akrab dengan Tun Dr Mahathir cuba “ditelanjangkan” di depan jutaan penonton seluruh Malaysia, ada sesuatu yang janggal telah berlaku dalam landskap politik di Malaysia pada ketika ini. Itu belum ditambah, dengan keluarnya video seks Tun Daim Zainuddin yang didakwa mereka “cukup” untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Daim Zainuddin.

Tun Daim & Mahathir Mohamad Bersengketa? Shahidan Kassim Penyelamat?

daim zainuddinPada pengamatan Berita Semasa Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang acapkali menegur Datuk Seri Najib Razak mengenai isu ekonomi negara malaysia termasuklah yang melibatkan skandal 1MDB dan TPPA bukanlah bermakna mereka bertelagah. Jadi untuk apa Shahidan Kassim yang tidak semena-mena mahu tampil sebagai hero untuk menawarkan diri menjadi orang tengah pada ketika ini kononnya mahu menjadi pendamai? Mereka tidak bergaduh atau “berperang”, mereka menegur sebenarnya…….
Percaturan, perisikan, analisa, strategi dan langkah politik yang ada pada Tun Daim Zainuddin bukan seberangan. Tun Daim antara watak penting dalam menaikkan dan menurunkan semula figura politik yang seorang lagi itu iaitu ___________________
Tun Daim jarang bersuara dan tidak berminat dengan politik, tetapi apabia Tun Daim mula bersuara “gegak gempitanya” mampu mengegarkan halwa telinga si “pendengarnya” ditambah dengan sokongan Tun Mahathir Mohamad.
Setelah Tun Daim Zainuddin mula tampil menegur dan menasihat pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan negara…tiba-tiba,
  • Sekarang sudah ada permainan campak-mencampak dakwaan yang mana Tun Daim mempunyai skandal yang harus dibongkar dan disiasat secepat mungkin di media arus perdana
  • Tetapi “bilik perang” disebelah Najib Razak harus berhati-hati. Apa maklumat “juicy” (mengiurkan) dan menyelerakan Tun Daim Zainuddin & Tun Mahathir Mohamad tidak tahu untuk dibongkarkan? Datuk Seri Najib razak adalah anak buah mereka sebelum ini….

Rahsia Tun Daim Zainuddin Vs Rahsia Skandal Najib Razak?

tun daim zainuddin
Najib razak sudah terlebih makan garam dalam politik negara, Tun Daim Razak dan Tun mahathir “sudah kenal benar” figura bernama Datuk Seri Najib Razak :
  1. Tetapi harus diingatkan yang mana Tun Mahathir dan Tun Daim tidak berminat bermain dalam politik, mereka tidak ada jawatan serta tidak berminat pun jawatan dalam UMNO sekarang ini.
  2. Mereka hanya memerhatikan daripada jauh, sesekali tampil ke hadapan menegur lebih-lebih lagi isu melibatkan ekonomi negara jikalau perlu selepas melihat Datuk Seri Najib Razak terus memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut..
Bagi Berita semasa sendiri adalah lebih baik supaya usahan ditumpukan masa untuk “membunuh” si pembawa berita dan si pemberi nasihat. Lebih baik pasukan “bilik perang” Najib razak menumpukan perhatian utnuk menjawab segala persoalan yang bermain dengan fikiran rakyat malaysia sekarang dan realisakikan slogan yang dicanang di senatera dunia iaitu 
“rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan”
P/S : Jangan dicampakkan rakyat dengan slogan, tetapi dibiarkan rakyat terkapai-kapai mencari tempat berpaut yang lebih utuh. Kelak nanti anda tidak mampu kuasa untuk bersuara lagi.
BY  ON

No comments:

Post a Comment