Pages

Wednesday, 21 January 2015

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz...“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat," Nik Abduh

Khamis, 22 Januari 2015

Tiap Kali Tersedar Tok Guru Tanyakan Waktu Solat Dan Minta Baca Al-Quran


Kuala Lumpur: “Ketika bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat," kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam coretannya di laman Facebook malam ini.

Menurutnya, ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan baik.

“Doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

“Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga dan beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap,” katanya.

Nik Abduh berkata, ada tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahnya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pagi tadi, bekas Menteri Besar Kelantan itu bertambah baik apabila sedar sepenuhnya.

Beliau sempat menunaikan solat Subuh dan bersarapan dengan minum teh.

- hmetro
BLM

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam. 

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik. 

Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment