Pages

Thursday, 1 January 2015

[Video] K'jaan Umno-PAS Kelantan: Umno dan BN ini jahat...pendera, penzalim dan pembuli.

Khamis, 1 Januari 2014

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mempersoalkan mengapa orang ramai tidak mengkritik pembangkang apabila bergambar dalam air banjir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap Putrajaya kerana melekat gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beliau sendiri pada kampit beras yang dihantar sebagai bantuan kepada mangsa banjir.

Kah Kah Kah

Pasai bantuan ?
ada orang politik sendiri ambik kesempatan
nak tunjuk kata depa yg 'susah payah' nak 'bantu' rakyat !
 nak buat baik pun kena tau adab laa
Ini amanah orang ! bukan sendiri punya !

PAS: Idea kerajaan campuran bukti Umno jahat

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan "betapa jahat" parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.

"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.

"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.
KedahLanie.

Hasrat UG Boleh Direalisasikan Kali Ini? Pas, Umno Perlu Bergabung Bantu Pulihkan Kelantan? 

Lagu nie pun ada bro? Puak UG mungkin boleh berangan la sekarang nie ? bila cadangan Tokeh (pemilik) Akhbar Sinar Harian,bagi cadangan yg PAS Kelantan (sahaja) boleh buat 'kerajaang perpaduang' dgn UMNO bagi memulihkan kesan akibat dari banjir yg merosakan harta benda rakyat (khasnya Kelantan) terlalu besar ! yg katanya 'hanya dengan gabungan' ini sahaja ? boleh pulihkan semua kerosakan itu? tak dak cara lain dah ! Kah Kah Kah

Idea Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ditolak oleh Husam Musa mentah2 gitu saja bro ! baca PAS tolak k'jaan campuran PAS-Umno demi banjir "Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor itu kepada Malaysiakini..Husam (bukan puak UG) kata, alasan depa tu terlalu rapuh ! 
Kah Kah Kah 

Betulkah bro ! kalau gabung dan ada'perpaduang' dgn Umno baru nak boleh bangun balik Kelantan? Aceh lepas tsunami 2004 dulu nie ! tak dak Umno pun kat sana? lagi sempoi dok ada kat sana bro ! pulih lebih baik !

Kalau Umno 'ikhlas' nak bantu? tak payah padu padu pun masih boleh bantu bro, rasanya kalau royalti minyak yang 'tidak dijelaskan' itu? lebih dari mencukupi rasanya ! Nah ! huloq laa...pelan2 depa Pas boleh develope balik negeri depa ! awat yg payah sangat? banyak kongkalikong daaaa !!! 

Alasan lain depa bagi pasai orang lama dulu2 masa PAS-UMNO bergabung dah tak ada? Sapa kata orang lama dulu (masa Pas kena terajang) dgn UBN dah tak ada lagi ? Sapa? ada bro ! Ada ! jangan dok kata tak ada ! bisa depa nie ada lagi ? hangpa carilah sendiri ! malas aku nak tulis...kah kah kah

KERAJAAN campuran Pas - Umno Kelantan. Mungkin ia alergik bagi sesetengah orang, namun bagi Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, hanya itu jalan yang ada untuk memastikan kelancaran usaha membina semula negeri yang seakan sudah menjadi 'ground zero' setelah dilanda banjir paling dahsyat kali ini.

Bagi Hussamuddin, inilah masanya untuk mereka membuktikan keikhlasan bahawa perjuangan mereka berpaksikan rakyat, bukan kepentingan diri. Inilah masanya untuk mereka menunjukkan kesanggupan untuk berkorban demi rakyat. Sebabnya, rakyat akan terus sengsara di tengah-tengah pertelagahan dua kuasa sedangkan mereka amat memerlukan pembelaan..SH

No comments:

Post a Comment