Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.
Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.
Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Dalam Lokap - ROTIKAYA
Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.
Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Sumber- rtky

BLM
ANGGOTA POLIS TERLIBAT SEBAR KLIP PENYANYI SUDAH DI KENALPASTI KATA KETUA POLIS SELANGOR
http://
SEBAR VIDEO ZAMANI, POLIS KENAL PASTI AKAN DAKWA ANGGOTA YANG TERLIBAT !
Gambar daripada video yang memaparkan vokalis Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan bergari. – Gambar Youtube, 22 Januari, 2015.
[Youtube Zamani Slam Kena Buli Menyanyi Sambil Bergari]
[Youtube Zamani Slam Kena Buli Menyanyi Sambil Bergari]
Video Zamani: PDRM dikritik hebat pengguna laman sosial
Zamani didakwa sebagai individu yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan polis baru-baru ini.PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.
Ketua Polisnya, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.
"Anggota tersebut dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini. Kami memandang serius perbuatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.
"Kertas siasatan kes tersebut akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Abdul Samah turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dengan telus tanpa mengira sesiapa pun yang terlibat.
"Tindakan dalaman mengikut prosedur tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes itu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang. ~mstar
Kedahkini.
No comments:
Post a Comment