Tiada konspirasi jatuhkan Presiden PAS
Salahuddin Ayub berkata perkara berkenaan juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada sebelah pagi tadi. - Foto Selangorku
KUALA LUMPUR, 8 Februari:
Tidak ada sebarang konspirasi dalam pimpinan tertinggi PAS untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata perkara berkenaan juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada sebelah pagi tadi.
Jelasnya, isu berkenaan tidak sepatutnya berbangkit kerana agenda untuk menjatuhkan presiden tidak pernah wujud.
“Tidak ada siapa yang hendak jatuhkan Datuk Seri Presiden di kalangan pimpinan parti.
“Secara rasminya ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat tadi sebaliknya hanya memfokuskan mengenai perkara yang dibincangkan dalam Muktamar yang lalu serta pemilihan parti akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dewan Pemuda PAS Kuantan hari ini mendakwa wujud komplot terancang sekumpulan pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.
Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot itu dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Abdul Hadi seperti boneka.
Katanya, beliau mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini supaya meletakkan semua jawatan dalam parti.
Kemudian kira-kira 300 ahli PAS yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi serta golongan ulama berhimpun sambil memaparkan sepanduk mendesak pemimpin parti itu yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Presiden meletakkan jawatan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin.
Jelasnya, isu mengenai berlaku konspirasi berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
“Dakwaan wujudnya agenda untuk jatuhkan Presiden adalah tidak betul dan tidak pernah dibincangkan,” ujarnya.Kumpulan Samseng Pro-Ulama Bawa Budaya UMNO Dalam PAS...
Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.
Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.
Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.
Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.
Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.
Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.
Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.
Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI
ULASAN GB
Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS.
Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai.
Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini.
Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS.
GB pernah mengulas sebelum ini:
Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?
Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka kali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.
Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.
Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.
Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.
Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.
Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya. ~ GREENBOC
BismillahirRahmanirRahim
Tahniah kepada WR Dr. Hatta Ramli, Pengarah Piliharaya PAS Pusat kerana jadi tumpuan media hari ini.
Angkara mereka yang kurang seni dalam bermasyarakat sesama manusia beraqal.
Kasihan kepada mereka dihantar ayahbonda mengaji di Arab untuk menghalusi akhlak mulia nabi, akhirnya perangai Arab yang kasar pulak diangkut balik.
Apa pun mereka masih muda, walaupun ada yang dah tua, namun peluang masih terbuka untuk melakukan anjakan paradigma dalam berinteraksi dengan pemikiran yang penuh kerencaman di negara dan maya pada ini.
Semoga Dr. Hatta Ramli maafkan mereka, lebih-lebih lagi rating makin naik dengan tindakan tidak berseni itu.
Nota: Gambar Dr. Hatta Ramli berpakaian rasmi Parlimen dan ketika Demontrasi Mansuh ISA tahun 2009.
Kedahkini.
No comments:
Post a Comment