Pages

Saturday, 7 February 2015

[Video] "#AwakKatMane puok-puok 'Kami SEMUA Ismail Sabri'... Tak nak boikot JAWI sekali ka...!"

Ahad, 8 Februari 2015
Tak nak boikot JAWI sekali ka !!!..
Pekeliling Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin Mulai Februari 2015

sijil kahwin
Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin Naik Mulai Februari 2015
Harga terkini sijil dan kursus kahwin naik lagi mulai Februari 2015. Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), harga bagi sijil beserta kursus perkahwinan kini dinaikkan daripada RM85.00 kepada RM 130.00 berkuatkuasa mulai 4 Februari 2015. Tambah kenyataan JAWI lagi, kenaikan harga bagi sijil dan kursus perkahwinan tersebut adalah sejajar dengan kenaikan kos sara hidup semasa. Terdahulu, harga sijil kahwin adalah RM5 manakala yuran perkahwinan hanya RM80 (Jumlah: RM85) berbanding harga terkini iaitu RM10 bagi sijil kahwin dan yuran perkahwinan RM120 (Jumlah: RM130).

Sumber: Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin Naik Mulai Februari 2015 | melvister.com 


BOLEH UNTUNG jika buat 'BISNES' dlm K'jaan BN..

BOLEH UNTUNG jika buat 'BISNES' dlm KERAjaan BN..

Sungguh menyedihkan... Apa yang menjadi sunnah Nabi SAW yang sangat dituntut sekarang sudah dikomersialkan dan dipersulitkan. Yang Halal menjadi susah dan kompleks, TETAPI YANG HARAM BERTAMBAH MUDAH & SENANG NAK LAKUKAN !!!

Sepatutnya kursus kahwin dibagi percuma, dan bantu juga mas kahwin dan sebagainya kepada anak2 muda yang mahu berkahwin. Inilah cara untuk mengelakkan dari berlakunya zina... BUKANNYA mengambil KEUNTUNGAN & PELUANG di sebalik nama agama & kesukaran kehidupan rakyat tanggung kos sara hidup tinggi..

p/s: Di mana puok2 Kami SEMUA Ismail Sabri .. Tak nak boikot JAWI sekali ka !!!..

No comments:

Post a Comment