Pages

Monday 2 February 2015

"Boycott issue" PDRMsia akan panggil menteri pertanian...Polis minta semua pihak henti buat kenyataan...

Selasa, 3 Februari 2015
Polis minta semua pihak henti buat kenyataan isu boikot
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok untuk memberi keterangan tentang isu boikot, tetapi meminta semua pihak berhenti membuat kenyataan sementara itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok untuk memberi keterangan tentang isu boikot, tetapi meminta semua pihak berhenti membuat kenyataan sementara itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu boikot harga barang. 

Beliau dalam Twitternya berkata perbuatan tersebut boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

"Boycott issue, @PDRMsia ask all parties to immediately excercise restraints in making public statements. It hurts our racial harmony," katanya. (Isu boikot, @PDRMsia meminta semua pihak untuk segera berhenti daripada
mengeluarkan kenyataan. Ia menjejaskan keharmonian kaum)

halid juga mengeluarkan satu lagi kenyataan dalam akaun Twitter yang sama iaitu polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.

"@PDRMsia akan panggil menteri pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati," katanya.

Sebelum ini, status dimuat naik Ismail Sabri di laman Facebooknya yang menggesa pengguna untuk menggunakan kuasa memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak, mencetuskan reaksi kurang senang pihak tertentu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tampil membuat penjelasan tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan tidak ditujukan kepada kaum tertentu. – Bernama, 2 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-minta-semua-pihak-henti-buat-kenyataan-isu-boikot#sthash.gQ50rCmx.dpuf

1 comment:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete